ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, August 26, 2013

Pencuci Muka Anugerah


Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update blog kesayangan ni. Sibuk sikit  tu tak sempat tu.. Dua tiga hari ni Syeeda suka dok terjah produk kecantikan baru ni. Bukan pe pakai pencuci muka yang sekarang dok sama macam tu ja.. jerawat memang tak ada, tapi berminyak. Kadang-kadang kering pulak. Depend pada persekitaran la.. Lingkaran hitam bawah mata pun dah ada dah. Lagi pula cam kusam ja wajahku ni.. 

So, nak try la produk lain. Tapi tak berapa nak arif sangat. Terbaru, ada baca pasal pencuci muka anugerah. Dan ada juga terserempak kat kedai-kedai dulu. Tapi masa tu buat tak endah jela kan.. Tadi sempat review..

Pencuci Muka Anugerah - Untuk Kulit BermasalahPencuci Muka Anugerah - Untuk Kulit KeringPencuci Muka Anugerah - Untuk Kulit Biasa

istimewanya produk ni ia dibacakan ayat-ayat suci al-Quran. Sapa pernah cuba produk ni, cer cita sikit. Kalau nak suggest produk lain pun ok. Dah buntu nak ni.. =)

P/S : Jom solat zohor

Tuesday, August 13, 2013

Rindu Ramadhan


Assalamualaikum

6 Syawal 1434H.


Dah nak dekat seminggu Ramadhan pergi. Dah dua hari start kerja. Mood raya memang dah tak da pun. Rutin harian berjalan macam biasa seperti sebelum bulan puasa aritu. Balik kerja 5.30 ok.hee

Rindu pula dengan bulan posa. Yela petang-petang balik kerja masuk dapur dah untuk siapkan juadah berbuka. Lepas berbuka, siap-siap nak tarawih dekat masjid. Sekarang ni balik kerja terus masuk dapuq cari nasik nak masuk mulut..huhu. Bulan puasa dulu rasa tenang ja kan walaupun ada jugak menda yang bikin serabut. Itulah hikmah puasa kan. Walaupun dah bukan di bulan Ramadhan, jom lah ramai-ramai kita puasa 6 hari di bulan Syawal pulak.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


Friday, August 9, 2013

EDISI RAYA: Dulu dan Kini


Assalamualaikum

2 Syawal 1434H.
Hujan renyai-renyai dan redup. Berangin lagi macam dok dekat Cameron plak.

Sebelum raya hari tu ada la sikit kemas-kemas rumah, merasmikan stor baru dekat belakang rumah.

berlambak buku dan majalah. 

kemas punya kemas, jumpa majalah zaman dolu-dolu. 
yg depan tu majalah Famili, ya belakan majalah Wanita

tetiba jumpa la 2 majalah Saji cover Chef wan dan anak-anak, Chef Fizz dan Serina. Yang bezanya majalah sebelah kanan tu masa diorang kecik-kecik lago, dan yg majalah cover berbaju biru tu time diorang dah besaq. Yang samanya dua-dua keluaran khas untuk Ramadan dan Syawal.

Sesungguhnya masih bertimbun majalah-majalah rumah daku. Sapa nak mai baca sila la. Wat mini library belakang umah.


p/s : Ada buat  rumah terbuka tak?hii

Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum

Ramadhan telah pun berlalu pergi. Syawal kini tiba lagi. 
Di kesempatan ini, Syeeda ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata sepanjang menulis blog ni.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf  Zahir dan Batin
1 Syawal 1434H


Friday, August 2, 2013

Seronoknya Tengok

24 Ramadhan 1434H

Jumaat terakhir Ramadhan 1434H.


Kelmarin balik kijo terus berehat kat depan tv. Tak payah masak la katakan. Semua tapau dari bazar ja. Biasalah kalau bulan puasa ni dokumentari Jejak Rasul pasti menjadi pilihan, seingat Syeeda daripada zaman kanak-kanak ribena dulu pun dah sedar adanya dokumentari ni.
Kelmarin diorang siarkan tentang Ramadhan di Palestin yang masuk minggu ketiga. Jadi semua umat Islam di sana sedari jam 5 petang lagi sudah berada di masjid al-aqsa untuk sama-sama menunaikan solat tarawih dan qiamullail. Dianggarkan 500,000 orang memenuhi masjid termasuk juga wanita dan kanak-kanak. Ya Allah , seronoknya tengok.

Bila sampai di masjidl, diorang semua akan membaca al-Quran sehinggalah tiba waktu berbuka. Berbuka pun hanya dengan buah kurma, roti, dan air yang disedekahkan oleh penduduk sekitar. Dan lepas tu diorang berjemaah menunaikan solat Maghrib. Lepas Maghrib barulah ambil hidangan yang lebih berat. Lepas tu solat isyak dan tarawih. Selesai tarawih diorang tak terus balik. Diorang tunggu pula untuk qiamullail. Tak surut pun jemaah walaupun jam 3.30 pagi. Wanita dan kanak-kanak pun tak terkecuali. Subhanallah.

Sama juga di Mekah dan Madinah. Yang mereka kejarkan adalah ibadah. Tak kisah berbuka dengan hidangan ringkas asalkan mereka dapat menunaikan ibadah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sepanjang Ramadhan.

Serius, seronok tengok. Dan jom kita cuba praktikkan di minggu terakhir Ramadhan ini. Ada ustaz kat tv tu bagi tazkirah berbunyi camni ‘jangan asyik kejar Mega Sale raya je, jom kejar Mega Sale dari Allah juga’.

Selamat berpuasa.


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah