24 Ramadhan 1434H
Jumaat terakhir Ramadhan 1434H.
Kelmarin balik kijo terus berehat kat depan tv. Tak payah
masak la katakan. Semua tapau dari bazar ja. Biasalah kalau bulan puasa ni
dokumentari Jejak Rasul pasti menjadi pilihan, seingat Syeeda daripada zaman
kanak-kanak ribena dulu pun dah sedar adanya dokumentari ni.
Kelmarin diorang siarkan tentang Ramadhan di Palestin yang
masuk minggu ketiga. Jadi semua umat Islam di sana sedari jam 5 petang lagi
sudah berada di masjid al-aqsa untuk sama-sama menunaikan solat tarawih dan
qiamullail. Dianggarkan 500,000 orang memenuhi masjid termasuk juga wanita dan
kanak-kanak. Ya Allah , seronoknya tengok.
Bila sampai di masjidl, diorang semua akan membaca al-Quran
sehinggalah tiba waktu berbuka. Berbuka pun hanya dengan buah kurma, roti, dan
air yang disedekahkan oleh penduduk sekitar. Dan lepas tu diorang berjemaah
menunaikan solat Maghrib. Lepas Maghrib barulah ambil hidangan yang lebih
berat. Lepas tu solat isyak dan tarawih. Selesai tarawih diorang tak terus
balik. Diorang tunggu pula untuk qiamullail. Tak surut pun jemaah walaupun jam
3.30 pagi. Wanita dan kanak-kanak pun tak terkecuali. Subhanallah.
Sama juga di Mekah dan Madinah. Yang mereka kejarkan adalah
ibadah. Tak kisah berbuka dengan hidangan ringkas asalkan mereka dapat
menunaikan ibadah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sepanjang Ramadhan.
Serius, seronok tengok. Dan jom kita cuba praktikkan di
minggu terakhir Ramadhan ini. Ada ustaz kat tv tu bagi tazkirah berbunyi camni
‘jangan asyik kejar Mega Sale raya je, jom kejar Mega Sale dari Allah juga’.
Selamat berpuasa.
Salam syeeda…kak intan pon suka tgk jejak rasul…
ReplyDeleteSalam Syeeda.. betul tu.. Tapi yang penting istiqamah.. Jom sama2 kita.. :)
ReplyDelete