Merasmikan entry Tengah Malam.
Topik tengah malam yang Syeeda nak kongsi, diharap mata tu segar bugar lagi untuk membaca yer. Ramai lagi yang tengah online nampaknya.
Kenapa kalau kita pergi kedai-kedai jam, mesti jarum jam akan duduk pada pukul 10.10? Nak tahu kenapa? Sebabnya...
- Secara logiknya, biasanya semua jam mempunyai logo yg terletak di bawah atau di atas posisi 12 dan 6, jadi bagi nak mengelakkan logo tu terlindung oleh jarum jam, pukul 10.10 adalah kedudukan yg tepak untuk mengelakkan logo tu terlindung.
- 10.10 nampak macam smiley katanya. Ini adalah strategi marketing. Bila dah org tengok jam pun senyum, mesti orang tertarik nak membelinya tak gitu? hiiiii
- Ada juga yang kata waktu 10.10 sebagai tanda penghargaan kepada Abraham Lincoln yg mati ditembak pada jam 10.10.
Dan eloklah kita berbalik semula kepada ayat al-Quran dalam surah Yunus (10) ayat 6-10 yang bermaksud:
10:6 Sesungguhnya pada penggantian malam dan siang, dan pada apa yg diciptakan Allah di langit dan di bumi, pasti terdapat tanda-tanda (kebesaranNya) bagi orang-orang yang bertakwa.
10:7 Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk
bertemu dengan Kami, dan yang sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini,
dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami,
10:8 Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana
apa yang mereka mengusahakan.
10:9 Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat
kerja-kerja kebaikan, Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka
kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam
taman-taman kebahagiaan.
10:10 Seruan mereka di dalamnya, “Engkau disanjung, ya
Allah”, dan salam hormat mereka, “Salam”, dan akhir seruan mereka, “Segala puji
bagi Allah, Pemelihara semua alam.”
Hargailah masa, gunakan ia dengan sebaik mungkin.
4 Syaaban 1434H
Wasalam
wah..kte xtau pun dsebalim 10:10 tu..tq for sharing!
ReplyDeletesyeeda pun tau lepas google sebab terfikir gak kenapa jarum dia 10.10
ReplyDelete