ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, January 3, 2013

Slot Samarinda Ruby


Assalamualaikum
selamat tahun baru 2013, pejam celik celik pejam dah pun masuk 3hb Jan pun kita

So sempena meraikan tahun baru 2013, Syeeda pun pergi lah keluar dating bersama-sama Ruby.


RUBY ni sebenarnya slot samarinda baru dekat tv3 tu haa menggantikan Putera Rayyan..
Lakonan Shaarnaz Ahmad & Siti Saleha.
Baru ditayangkan di tv semalam selama 1 jam.
Lawak betul episod satu semalam.. haha asyik nak gelak ja..

credit to HERE

ni sinopsis dia:

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan dan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima Anuar).
Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal (Esma Danial)  dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.

Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara.

Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

Nak tahu apa yg terjadi, jom sama-sama saksikan episod 2 terbitan Metrowealth ni..


wasalam

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah