PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Wednesday, July 27, 2011

Ramadan Terakhir.....

Ai sihat semua malam ni..dah ready nak puasa ke  minggu depan..Mesti ramai dah dok terbayang2 saat indah bersahur dan berbuka puasa bersama yang tersayang..

Cakap pasal nak masuk bulan puasa ni, muncul dah tadi drama slot samarinda yang baru gantikan citer Anissa tu.. tajuk dia 
RAMADAN TERAKHIR
baru mula bersiaran malam ni..

 Merupakan arahan sulung Ungku Ismail ini dibintangi oleh Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi..


SINOPSIS:
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

segalanya bakal terjawab..
Tunggu apa lagi...jom kita tengok sesama citer 15 episod ni..
setiap Selasa hingga Khamis
jam 10.30 malam
di TV3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...