“ Tak perlu mencari teman secantik Balqis...
Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf...
Jika kasi tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim...
Andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Mengapa mendambakan teman hidup bak Siti Khadijah...
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah.
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu...
Sebagai satu keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengan dirinya..
Dan tetaplah berdoa agar dia akan terus menjadi miliku... ”
terimalah dia seadanya..ikhlas dari hatimu..jangan terlalu Pandang pada kesempurnaannya, pandanglah pada kekurangannya... cintailah dia kerana Allah bukan kerana nafsumu..
keelokan paras rupa akan dimamah usia namun keelokan pekerti akan tetap memekar dalam taman hati selagi iman tetap teguh menyembah yang Esa..
Berhati-hatilah dalam mencari jodoh, moga sebuah keluarga bahagia akan terbentuk dengan subur hasil dari benih yang baik walaupun pada dasarnya tak seelok fizikalnya, yang penting hasilnya...
Rasulullah SAW bersabda: “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
namun yang paling penting dalam hadis ini menyarankan dipilih seseorang wanita itu perlulah dilihat dari ciri " kuat penghayatan agamanya" dan selebihya itu adalah ciri yang terkemudian... penghayatan agama yang tinggi, maka seseorang wanita itu mampu melaksanakan tugasnya sebagai isteri dengan berlandaskan syariat Islam... mampu menjadi isteri solehah dan ibu mithali disamping anak yang solehah..
Cintailah hambanya yang juga terlebi dahulu mencintai Allah sepenuh hatinya..
Wallahualam..amin
Terimalah pasangan seadanya..
ReplyDeleteAllah jadikan lelaki dan perempuan berpasangan supaya saling melengkapi diri dalam menempuhi alam rumahtangga.
yg penting cintanya pada Allah kn
ReplyDeletebtoi2..lihtlah psgn anda pd agamnaya,akhlaknya,keturunannya,..jgn pndg luaran smta2..pndglah dlmnnya tu yg plg pntg...semoga RHMAt ALLAH sentiasa bsma kita...
ReplyDelete