ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, September 27, 2013

Masih Setia Berbakti


Assalamualaikum

Yeay dah hari Jumaat. Cuaca pagi ni mendung sahaja. Yela dah berapa hari tak hujan. Dah tengok cerita I LOVE YOU MR ARROGANT? Haha lawak mcm dalam novel dia jugak. Ingat nak baca balik novel tapi cam malas pulak.


Haha benda pa ni? Orang penang kata kukuq nyioq.. Korang pakai benda alah ni lagi x? Kat umah syeeda masih guna kukuq nyioq ni, tradisional gitu kan. Berapa tahun lepas, masa nak buat ketupat untuk hari raya, kami gilir-gilir kukuq nyioq yela buat banyak ketupatnya. Sampai berpeluh-peluh. Nak guna mesin semua pakat takut, sebab tu tak beli mesin kukur nyioq pun. Tapi sekarang setakat sebiji nyioq tu boleh la nak kukuq pakai ni, kalau 4 5 bijik tak terlarat dah. Lenguh satu hal, berpeluh lagi. Haha

Rasanya pengukuq ni sesuai la untuk senaman. Hii Semua otot2 bekerja ooo.. Tapi bab nak kukuq nyioq ni la part paling malas..haha nak tunggu pinggan tu penuh dengan nyioq nak dekat setengah jam jugak bagi yg masih tak pakar. Tapi kena hati-hati jugak takut kena tangan.

Apa lagi barang tradisional yg ada. Jom share sini.

Thursday, September 26, 2013

Bila Dia Buat Perangai


Assalamualaikum

Uit dah tengahari ka.. nasik tak masak lagi oii. Haha nak masak menda kat opis ni, dah waktu rehat pun. So berangan-angan jela nak makan sodap-sodap, kena diet sikit badan dah kembang.

Disaat Syeeda menaip entry ni, internet slow mlow nya. Nak wat kerja online memang tak boleh la tadi. Ni pun nasib baik dapat jugak menyelit masuk dalam blog jugak. Pasaipa internet ni buat perangai tak tau la pulak. Kalau aritu memang tak leh connect terus sebab da orang curi kabel. Aduhai wtpa la curi dik oi, sian la kat orang sama. Paling terjejas mestilah pejabat pos. Pejabat syeeda sederet dengan pejabat pos ja, jadi banyak perkhidmatan online diorang terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Kesian pelanggan jugak.

Takpe lah sekali sekala dia nak buat perangai. Bukan selalu pun. Dia tak ada perasaan pun, yang penting kita ni yang kena sabar bila berhadapan dengan internet slow ni..hii Jangan cepat naik angin pulak. 

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah