Assalamualaikum
Cuti Maal Hijrah yg lepas, Syeeda dan keluarga sempat makan angin kat Pulau Pangkor. Kami memulakan perjalanan dari Penang dalam pukul 8.30 pagi dan sampai di Jeti Lumut dalam pukul 12.00 tengahari. Jangan risau, banyak tempat parking disediakan untuk ke Pulau Pangkor. Kami parkir kereta di tempat parking bertingkat untuk satu malam.
Harga tiket ke Pulau Pangkor untuk satu orang RM 10.00 (pergi dan balik).

Jom naik feri..
Dalam pukul 1.00 petang baru kami dapat naik feri setelah beratur panjang menunggu giliran. Setengah jam dalam feri, sampailah kami di Pulau Pangkor. Yeahhh!!! Kami pun sewa van pink untuk ke tempat penginapan kami. Kali ni kami pilih untuk menginap di Purnama Beach Resort, Teluk Nipah
Dah siap rehat, mandi, dan solat kami pun turun cari makan. Udah menari-nari perut nahan lapaq wei. Jalan punya jalan akhirnya semua sepakat nak makan nasi goreng aje. Jangan risau kat Teluk Nipah ni banyak kedai makan. Yang paling femes makanan laut macam ikan bakar, kerang bakar dll.
Dah siap makan, jalan-jalan dulu lemak haha. sambil ambik mbik angin pantai. Ayaq pasang petang tu so tak banyak sangat aktiviti kat pantai. Malamnya lepas maghrib, kami keluar makan lagi. Kali ni pekena char keow teaw Pulau Pangkor pulak. Boleh lawan char keow teaw Penang tak? Hehe Siap makan jalan-jalan lagi. Cari cenderamata untuk dibawa balik.
Esoknya Ahad, 2 Okt 2016, awal-awal pagi lagi kami turun tunggu sarapan. Ambik pakej yang resort sediakan je. Seorang RM 10.00 Sekali sekala orang belanja kan..Heee Boleh tahan sedap jugak sambal nasi lemak dia..
Lepas sarapan, terus pi pantai. Kami sewa bot ke Pulau Giam. Tambang RM 60.00 untuk satu bot. Kat Pulau Giam kami berendam hampir 2 jam kot dalam air laut. Rasa macam tak puas pulak berendam. Disebabkan dah nak check out jadi kami cepat-cepat balik resort dan kemas barang.
Sebelum balik Penang, kita ronda Pulau Pangkor dulu. Sewa van pink lagi. Dapat driver yang ok dapat lah dengar serba sedikit cerita dan sejarah Pulau Pangkor.
Akhirnya jam 4 petang barulah kami naik feri. Sampai kat jeti Lumut mak pun beli barang sikit dan kami terus bertolak balik. Masing-masing dah penat. Berhenti solat di R&R Gunung Semanggol, ingat nak makam malam siap-siap sekali meja semua full. Tukar plan.
Sampai Exit Sungai Dua pukul 10.00 malam, berhenti pekena mee udang pak ngah dulu. Siap makan terus balik sebab dah penat sangat. Walaupun penat berbaloilah kan dapat bercuti kat Pulau Pangkor. Ada rezeki kita pi lagi na.
Bye-bye.
Sedikit review - chalet yang ada kolam renang dan kawasan resort yang cantik.
Dah siap rehat, mandi, dan solat kami pun turun cari makan. Udah menari-nari perut nahan lapaq wei. Jalan punya jalan akhirnya semua sepakat nak makan nasi goreng aje. Jangan risau kat Teluk Nipah ni banyak kedai makan. Yang paling femes makanan laut macam ikan bakar, kerang bakar dll.
Makan dulu. Masa ni ayaq laut dok tengah pasang..
Dah siap makan, jalan-jalan dulu lemak haha. sambil ambik mbik angin pantai. Ayaq pasang petang tu so tak banyak sangat aktiviti kat pantai. Malamnya lepas maghrib, kami keluar makan lagi. Kali ni pekena char keow teaw Pulau Pangkor pulak. Boleh lawan char keow teaw Penang tak? Hehe Siap makan jalan-jalan lagi. Cari cenderamata untuk dibawa balik.
Jalan-jalan cuci mata..
Sejuk mata memandang..
Lepas sarapan, terus pi pantai. Kami sewa bot ke Pulau Giam. Tambang RM 60.00 untuk satu bot. Kat Pulau Giam kami berendam hampir 2 jam kot dalam air laut. Rasa macam tak puas pulak berendam. Disebabkan dah nak check out jadi kami cepat-cepat balik resort dan kemas barang.
Sebelum balik Penang, kita ronda Pulau Pangkor dulu. Sewa van pink lagi. Dapat driver yang ok dapat lah dengar serba sedikit cerita dan sejarah Pulau Pangkor.
Antara tempat yang sempat kami lawati sebelum balik..
Akhirnya jam 4 petang barulah kami naik feri. Sampai kat jeti Lumut mak pun beli barang sikit dan kami terus bertolak balik. Masing-masing dah penat. Berhenti solat di R&R Gunung Semanggol, ingat nak makam malam siap-siap sekali meja semua full. Tukar plan.
Sampai Exit Sungai Dua pukul 10.00 malam, berhenti pekena mee udang pak ngah dulu. Siap makan terus balik sebab dah penat sangat. Walaupun penat berbaloilah kan dapat bercuti kat Pulau Pangkor. Ada rezeki kita pi lagi na.
Bye-bye.
cantik gak resort tu, brp sewa dia yer? kami pergi sana baru ni dok homestay kat teluk nipah tu..tp agak jauh sikit dr pantai..tp yg ni nmpk best sebab ada kolam tu..hehe..
ReplyDeletehusna pernah p sekali.. trip dgn kwn², mmg happening laa cita dya.. rindunyaa..
ReplyDeletebestnya makan-makan angin laut
ReplyDeletehi,saya singgah sini sambil follow and klik nuffnang :)
ReplyDelete