ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, April 2, 2015

Punca Tekanan di Tempat Kerja


ASSALAMUALAIKUM

Tetiba tertarik pulak dengan topik stress kat tempat kerja. Pasti ada yang pernah alami kan.. Syeeda pun tak terkecuali.. Dulu masa study, memang budak-budak hr kena study pasal kes ni.. benda yang nampak biasa tapi sangat penting untuk kita ambik tau..



Ada satu video situasi kat luaq negara, pekerja yang terlalu stress tak mampu kawal emosi depa sampaikan boleh membahayakan rakan sekerja lain.. Ada yang baling telefon contohnya dan macam-macam lagi. Oleh sebab tu pekerja dan majikan perlu pandang serius tentang masalah ni.. Antara punca berlaku tekanan kat tempat kerja ialah :

Jenis Pekerjaan
Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.

Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan dalam organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.

(Sumber : Pusat Maklumat Kerjaya)


3 comments:

  1. sedang stress.. huhu

    ReplyDelete
  2. Zumal selalu ada tekanan kat ofis... rasa macam nak berhenti tau...

    ReplyDelete
  3. Salam, yup skang pun stress sbb mcm kurang di-appreciate...hmm..nak berhenti to nanti dulu, tggu lepas kahwin terus blah..hahaha

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah