ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, June 26, 2014

Mandian Badan Secret Garden

ASSALAMUALAIKUM

Pertama kali cuba mandian badan Secret Garden Himalaya warna ungu tu. Wow wangi nyeer. Kami suka tukar sabun mandi konon-konon nak ubah citarasa. Dan dah beli lagi ok.. sebab suka bau dia.. 


 "Mandian badan Himalaya menerapkan kebaikan Teh Hitam sebagai antioksidan. Diadun dengan Chamomile dan Eucalyptus, ia melegakan dan menyegarkan badan, seterusnya meningkatkan daya tarikan anda.."

Selain mandian badan Himalaya, ada lagi beberapa mandian badan, antaranya ialah :

 Mediterranean

"Mandian  badan Mediterranean menggabungkan kebaikan minyak badam manis, timun dan garam laut untuk menyejukkan badan dan menyegarkan. Lavender juga ditambah untuk melegakan tekanan.."

Nusantara

"Mandian badan Nusantara mengeksploitasi kuasa pemulihan bahan-bahan sekitar – pudina, pegaga dan Halia. Kombinasi ini membuatkan anda segar dan bersih selepas bekerja sepanjang hari.."

Orient

"Mandian badan Orient merungkai rahsia kecantikan tradisional menggunakan air beras yang menjadikan kulit licin dan lembut. Dicampur dengan susu soya dan teratai, ia membuatkan kulit lembap dan bersinar secara semulajadi.."

Best kan.. selain mandian ada juga shampoo, conditioner, skrub badan, tisu lembab (wipes), dan banyak lagi. Yang penting dijamin Halal. Untuk review produk-produk Secret Garden bolehlah layari laman web INI.


Saturday, June 21, 2014

Keputusan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 56 Tahun 214

ASSALAMUALAIKUM

Tamat sudah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 56 Tahun 214 yang berlangsung dari 16 Jun 2014 di PWTC.


Berikut adalah keputusan bagi tilawah dan hafazan :

HAFAZAN AL-QURAN

HAFIZ (Lelaki) :

Tempat Pertama : Malaysia (95.75%)
Tempat Kedua : Arab Saudi (94%)
Tempat Ketiga : Qatar (92%)

HAFIZAH (Wanita)

Tempat Pertama : Malaysia (95.00%)
Tempat Kedua : Tunisia (85.75%)
Tempat Ketiga : Senegal (78.50%)


TILAWAH AL-QURAN

QARI :

Tempat Pertama : Malaysia (93.30%)
Tempat Kedua : Turki (89.21%)
Tempat Ketiga : Indonesia (88.72%)
Tempat Keempat : Brunei (87.80%)
Tempat Kelima : Iran (87.67%)

QARIAH :

Tempat Pertama : Malaysia (90.67)
Tempat Kedua : Filipina (88.75%)
Tempat Ketiga : Brunei (85.92%)
Tempat Keempat : Thailand (83.08%)
Tempat Kelima : Singapura (83.08%)
*kedudukan tempat kelima dan keempat ditentukan oleh markah tajwid)

Sumber : Siaran langsung di rtm.

Selesai sudah majlis tilawah untuk tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta tilawah dan hafazan.


Monday, June 16, 2014

Pekan Ahad Penaga

ASSALAMUALAIKUM

Minggu lepas Syeeda check nuffnang, ada dapat keywords ni ...



Apa yang menarik kat Pekan Ahad Penaga?

Syeeda pun bukan selalu sangat terjah pekan ahad penaga. Adalah dalam 3 4 kali kot beberapa bulan dan tahun lepas.. Kalau masa kecik dulu selalu jugak pi. Ok syeeda cerita dari pengalaman Syeeda di pekan ahad penaga. Cuma tak ada gambar yang nak share la. Tak sempat nak ambil gambar..huhu

Kat pekan ahad penaga ni samalah macam pasar pagi kat tempat-tempat lain. Ada ikan, ayam dan semua tu kan..hii Ada juga jual makanan, pakaian, ubat/kosmetik, perhiasan dan lain-lain lagi. Senang kata macam-macam ada.

Tapi ikan-ikan kat sini selalu yang baru-baru bawak nek oleh nelayan, memang FRESH la. Kalau buat laksa memang sodap la ikan fresh..rasa manis-manis ikan tu kan. (lapaq laksa pulak dah..)

Kalau bab makanan toksah dok susah hati. Semua ada dari cucur hingga ke makanan berat. Laksa kat tempat orang bawa naik ikan tu memang sedap, rasa ikan fresh. Cuma kalau mai sini kena lah bersesak-sesak. Kalau tak berlaga bahu memang tak sah la kan..huhu Pekan ahad ni besar jadi bolehlah senaman kaki sikit dan kalau nak mai kena awai sikit sebab parking selalu full.

p/s : Selain hari Ahad, ada juga hari Khamis pekan Ahad ni..


Wednesday, June 11, 2014

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2014

ASSALAMUALAIKUM

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan sudahpun selesai dengan jayanya. Keputusan siapa johan qari dan qariah pun kita dah tau. Dan pada minggu hadapan bermula 16 Jun 2014 bakal berlangsung pula majlis tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa. 


Akan bermula pada 16 Jun 2014 sehingga 21 Jun 2014 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Pada tahun ini, ditambah satu lagi program baru iaitu majlis hafazan antarabangsa.

Bagi yang tinggal berdekatan, jom ke sana. Bagi yang tidak berkesempatan ke sana, insyaAllah akan ada siaran langsung di tv.


Thursday, June 5, 2014

CPUV NUFFNANG

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dapat CPUV lagi dari Nuffnang.
Terima kasih Nuffnang. Kita dapat cpuv Whisper.


Rezeki untuk bulan ini. 


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah