ASSALAMUALAIKUM
Minggu lepas Syeeda check nuffnang, ada dapat
keywords ni ...
Apa yang menarik kat Pekan Ahad
Penaga?
Syeeda pun bukan selalu sangat
terjah pekan ahad penaga. Adalah dalam 3 4 kali kot beberapa bulan dan tahun
lepas.. Kalau masa kecik dulu selalu jugak pi. Ok syeeda cerita dari pengalaman Syeeda di pekan ahad penaga. Cuma tak ada gambar yang nak share la. Tak sempat nak ambil gambar..huhu
Kat pekan ahad penaga ni samalah macam
pasar pagi kat tempat-tempat lain. Ada ikan, ayam dan semua tu kan..hii Ada
juga jual makanan, pakaian, ubat/kosmetik, perhiasan dan lain-lain lagi. Senang kata macam-macam ada.
Tapi
ikan-ikan kat sini selalu yang baru-baru bawak nek oleh nelayan, memang FRESH la. Kalau buat laksa memang sodap la ikan fresh..rasa manis-manis ikan tu kan. (lapaq laksa pulak dah..)
Kalau bab makanan toksah dok susah hati. Semua ada dari cucur hingga ke makanan berat. Laksa kat tempat orang bawa naik ikan tu memang sedap, rasa ikan fresh. Cuma kalau mai sini kena lah bersesak-sesak. Kalau tak berlaga bahu memang tak sah la kan..huhu Pekan ahad ni besar jadi bolehlah senaman kaki sikit dan kalau nak mai kena awai sikit sebab parking selalu full.
p/s : Selain hari Ahad, ada juga hari Khamis pekan Ahad ni..
ikan fresh2 buat laksa mmg sdp.. bukan laksa je buat msk2 apa pun sedap.. terasa manis ikan..
ReplyDeleteoh kira mcm pasar pagi la ye pekan ahad penaga ni..
ReplyDeleteorg kedah sebut pekan 'nat'... ^_^
ReplyDelete