ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, June 26, 2014

Mandian Badan Secret Garden

ASSALAMUALAIKUM

Pertama kali cuba mandian badan Secret Garden Himalaya warna ungu tu. Wow wangi nyeer. Kami suka tukar sabun mandi konon-konon nak ubah citarasa. Dan dah beli lagi ok.. sebab suka bau dia.. 


 "Mandian badan Himalaya menerapkan kebaikan Teh Hitam sebagai antioksidan. Diadun dengan Chamomile dan Eucalyptus, ia melegakan dan menyegarkan badan, seterusnya meningkatkan daya tarikan anda.."

Selain mandian badan Himalaya, ada lagi beberapa mandian badan, antaranya ialah :

 Mediterranean

"Mandian  badan Mediterranean menggabungkan kebaikan minyak badam manis, timun dan garam laut untuk menyejukkan badan dan menyegarkan. Lavender juga ditambah untuk melegakan tekanan.."

Nusantara

"Mandian badan Nusantara mengeksploitasi kuasa pemulihan bahan-bahan sekitar – pudina, pegaga dan Halia. Kombinasi ini membuatkan anda segar dan bersih selepas bekerja sepanjang hari.."

Orient

"Mandian badan Orient merungkai rahsia kecantikan tradisional menggunakan air beras yang menjadikan kulit licin dan lembut. Dicampur dengan susu soya dan teratai, ia membuatkan kulit lembap dan bersinar secara semulajadi.."

Best kan.. selain mandian ada juga shampoo, conditioner, skrub badan, tisu lembab (wipes), dan banyak lagi. Yang penting dijamin Halal. Untuk review produk-produk Secret Garden bolehlah layari laman web INI.


5 comments:

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah