ASSALAMUALAIKUM
Usia makin meningkat. Ye, semua makhluk di dunia ni akan mengalami peningkatan kan. Tak terkecuali juga bagi benda yang bukan hidup contohnya kerusi, meja dsb. Oleh sebab tu lah adanya karangan autobiografi gitu.. Masa sekolah dulu sangat suka bila cikgu suruh buat karangan autobigrafi. hiii
Sama lah dengan ini blog. Sudah semakin tua. Rasa macam baru saja buat blog kan. Pejam celik, celik pejam dah pun tiga tahun lebih usianya.
Udah besau
Masa pertama kali buat blog bukanlah kerana keinginan tetapi assignment sebenarnya untuk subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan. Masa tu memang tak tahu sangat apa itu blog tapi ada jugak tengok adik-adik syeeda buat blog. Dalam cuti pertengahan semester tu pulun la suruh adik-adik ngajor camna nak buat blog.
Akhirnya dah mula jatuh cinta dengan blog. Setiap hari mesti google tutorial untuk hias blog, nak masukkan itu dan ini. Macam-macamlah. Akhirnya wujudlah blog Syeeda Saniey yang sekarang ini. Kalau dulu pakai nama Cahaya Saksi.
Alhamdulillah dah semakin meriah sekarang dan terima kasih buat semua sahabat blogger yang sentiasa support syeeda. Tak lupa buat semua sahabat follower dan commentor.
p/s : Masih banyak yang perlu dipelajari
Assalamualaikum. keep blogging ya. hehee dah lama tu 3 tahun.. bukan sekejap masanya ~~~
ReplyDeletedah menjangkau 3 thn daaa...tahniah..moga sukses dlm berblog
ReplyDelete