PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, December 24, 2013

Akan Datang : Ariana Rose (Slot Akasia TV3)

ASSALAMUALAIKUM

Selepas tamat cerita Playboy Itu Suami Aku nanti, drama Ariana Rose akan mengambil alih dalam slot akasia tv3. Akan mula bersiaran pada 30 Disember 2013, jam 7.00 petang di tv3. Drama ini jugak adalah drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose keluaran Karya Seni


SINOPSIS DARI NOVEL:

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Pelakon-Pelakon:
Keith Foo - Tengku Adam Kamil, Nur Fathia - Ariana Rose, Hisyam Hamid - Harith, Arja Lee - Ramzul, Nabila Huda - Liyana, Syatilla Melvin - Sophie, Tasha Shilla - Tengku Juwita, Ziela Jalil - Datin Asra, Jalaluddin Hassan - Datuk Wan Jusoh, Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Mukhriz, Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania, Dayana Amerda - Amalina, Atikah Suhaime - Tasha, Anne Abdullah - Mak tiri Ariana, Jasmin Hamid - Tengku Marsela, Rahim Omar - Tengku Sudin, Wan Sharmila - Linda

--Selamat Menonton--

p/s : Tengok-tengok juga, solat maghrib jangan terbabas ok.=)


2 comments:

msredcheesecake said...

lama dah tak tengok drama kat tv....

sue adnan said...

i dh bce nvel ni;..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...