ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, May 21, 2013

Inikah Hadiah Buat Mereka?



"Mungkin kalau tak kenal ibu, kenal mama, tak mama, mak kan. Mak pun tak kenal? Mungkin umi kenal kot.. tak kenal jugak? Mummy ye.. ke Bonda.. Tak jugak??? Ish kes berat ni.."



Banyak panggilan yang digelar kepada wanita yang telah susah payah melahir dan menjaga kita disamping pengorbanan daripada seorang lelaki. Siapa pula tu?? Tak kenal ke,lagi berat kes anta ni. Itulah AYAH. Ibu, mak, umi, bonda, mama, mummy dan ayah, papa, daddy, abi, abah atau panggillah apa gelaran sekalipun jasanya pada anak-anak tercinta amat bernilai. Ibu, wanita cekal yang selama 9 bulan 10 harinya menggendong anak dalam kandungannya ke mana saja dia pergi. Tidak pernah dikeluh, tidak pernah dikesal, tak pernah merintih,  taidak pernah malu dengan perut besarnya.

Sebelum dilahirkan, segalanya persiapan diperlengkapkan. Baju, susu, pampers, tempat tidur. Ahh macam-macam tak terkira banyaknya, tambah-tambah pula jika anak sulung. Gembira tak terkata. Tak pernah kesal berhabis duit untuk si anak yang bakal lahir. Perlahan jalannya bersama Ayah yang sentiasa menemani ibu tercinta membeli kelengkapan untuk si anak yang bakal lahir. Sabar ayah demi anaknya. Gembira ayah tak terkira, sanggup bekerja lebih masa siang malam, berhujan berpanas semata untuk memenuhi keperluan si anak yg bakal lahir.

Seusai lahir, ditatang bagai putera raja. Ibu dan ayah gembira dengan kelahiran si anak. Kalau boleh satu dunia nak dia beritahu yang anaknya sudah lahir. Bangun saja tidur, ibu siap sedia nak mandikan si anak, dipakaikan baju cantik, ditempeknya bedak sejuk. Segak dah anak ibu.. Bila kencing ibu juga basuh dan tukarkan lampin. Lagi la time buang najis, ibu juga la yang tanpa sifat kegeliannya menukarkan serta cucikan najis anak. Meningkat usia 5 tahun ayah belikan basikal roda tiga. Ayah ajar naik basikal sampai cekap lah. Masuk darjah satu, ayah terpaksa bekerja lebih keras kerana nak bayar yuran sekolah dan beli baju sekolah baru, beg sekolah baru untuk anak. Banyak juga duit ayah habis. Lagi pula kena nak sara makan minum pakai  lagi.

Ibu ayah selalu pesan

  “ Belajar rajin-rajin, ibu ayah tak ada harta nak bagi kamu.. kami tak ada apa-apa nak..”

Bila dah dapat result gempak, ibu dan ayahlah orang paling gembira sekali. Tahniah anak ibu. Tahniah anak ayah. Sambil dikucup dan dipeluk erat anak sambil menitis air mata kegembiraan mereka. Tak sia-sia anak yg dididik dan ditatang berjaya menjadi pelajar cemerlang. Ibu dan ayah kata akan ikhtiar mencari hadiah sebagai ganjaran walaupun memang duit tak cukup nak beli hadiah masa itu.

Bila dapat tawaran masuk universiti, ibu dan ayah lagi kena kerja keras. Katanya nak pakai banyak duit. Ibu siangnya cuci baju dekat rumah jiran-jiran, petangnya  cuci pinggan kat restoren di pekan dan malamnya pula buat kuih muih untuk di hantar ke warung pada keesokkan harinya. Tak pernah sekali dia mengeluh. Malah kepenatan dia juga tidak kelihatan walaupun sememangnya dia penat sangat. Nak jaga hati anak katanya. Ayah pula dari awal-awal pagi lagi sudah pergi menoreh getah di hujung kampung, dan petangnya bekerja sambilan di kilang papan. Macam-macam bahaya dalam hutan getah tu tapi demi anak yang bakal ke menara gading, sanggup ayah pertaruhkan nyawa.

Bila dah masuk universiti. Semua benda nak pakai duit. Tambah pula apabila terpaksa menyewa rumah. Asal tak ada duit call ibu dan ayah minta duit. Sebab diorang dah pesan tak payah susahkan diri kerja, fikirkan belajar sahaja, tumpu betul betul. Lagi kuat ibu ayah bekerja di kampung sampai demam-demam. Tapi takpe demi anak sanggup dilakukan walaupun terpaksa bahayakan nyawa. Asalkan anak berjaya syukur Alhamdulillah. Ibu selalu pesan pada anak..

“ Jangan tinggal solat ya nak..”

Tahun kedua di universiti anak mula pandai. Ikut kawan ke sana sini. Cuti semester tak pernah balik menjenguk ibu dan ayah.  Bergaul dengan anak dara sesuka hati. Bagi asalan dekat ibu dan ayah, nak study lebih masa untuk exam. Ibu asyik menangis  menahan rindu. sampai bengkak mata. Ayah pulak asyik batuk-batuk dan tak mampu lagi hendak buat kerja berat.

Tahun ketiga study lagi tak balik alasannya tahun akhir nak tumpu betul-betul. Ibu hanya akur, ayah pula dah terlantar sakit. Habis belajar konvo pun tak jemput ibu ayah datang raikan. Malu katanya dekat makwe. Ibu ayah selekeh, padahal dulu masa dia dapat anugerah dekat sekolah, ibu ayah tak jemu-jemu tunggu  dia naik pentas walaupun terpaksa berdiri lama.

Habis belajar terus dapat kerja dekat Kuala Lumpur. Tak pula diberitahu ibu ayah. Gaji pertama dijoli dengan makwe. Tak ingat langsung nak kirim ke kampung. Ibu call selalu tak angkat, nak beritahu keadaan ayah yang semakin teruk tapi ibu tak pernah putus asa. 

Tiba pula masa nak kahwin, hanya balik beritahu ibu ayah nak  yang dia nak kahwin. Katanya ibu ayah tak payah susah-susah buat apa-apa. Katanya lagi semua keluarga bakal isterinya dah buat persiapan, nak harap ibu ayah buat tak tercapai agaknya. Saat tu air mata ibu mengalir laju. ayah di pembaringan hanya menahan sebak. Sampai hati kau nak. Dijemput ke majlis dia pun tidak. 

Dah kahwin langsung tak balik kampung bawa isteri jumpa ibu ayah, malu katanya rumah ibu ayah buruk tak selesa isteri dia nanti. Ada juga sekali dia balik bagi amaran jangan call dan cari dia lagi. Dia kata malu punya ibu ayah miskin kedana padahal si kedana inilah yang membesarkan dan memdidik kamu nak. Hancur berkecai hati ibu ayah.

Ibu akur dengan arahan anak. Akhirnya betullah si anak tak lagi dapat dihubungi. Mungkin sudah tukar nombor telefon. Ibu menangis lagi sampaikan ayah nazak anak tidak tahu. Akhirnya ayah menutup mata dalam kesedihan dan kerinduan.



Tinggallah ibu seorang diri di pondok buruk. Meniti usia tua sendirian. Hanya dengan ehsan jiran-jiran, ibu mampu teruskan hidup. Setiap hari ibu menangis mengenangkan perbuatan si anak.

Setiap hari tanpa putus-putus ibu cuba menghubungi anak di pondok telefon seberang jalan. Terbongkok-bongkok ibu berjalan. Apabila tiba hari raya, ibu tak dapat tahan sebak. Pakaian lusuh dan koyak tak pernah berganti, tidur beralaskan tilam usang, bertemankan cahaya semulajadi dan bila hujan tidurnya bertemankan air langit.

Anak hidup mewah di kota. Langsung tak diingatnya ibu di kampung dan pemergian ayah juga tak  dia ketahui. Hidup mewah dilimpahi wang ringgit dan isteri yang cantik membuatkan dia leka.

"Inikah contoh anak berguna??"

Dilepaskan tanggungjawab kepada ibu yang uzur dan serba kekurangan di desa. Malah diputuskan talian kekeluargaan lagi. Tiap hari ibu menangis sampaikan matanya sudah kabur dan hampir buta. Kesihatannya kerap terjejas dek selalu terkena air hujan dan panas matahari. Tubuhnya cengkung menglidi. Tak putus-putus ibu berdoa agar anaknya pulang. Moga dia sedar.. 

“ ibu sayangkan kamu nak..ibu dah maafkan segala dosa kamu , pulanglah sebelum ibu menutup mata nak..” 

Mulianya hati seorang ibu..lembut bagai bak sutera.. Seburuk mana pun perbuatan anak, ibu tetap memaafkan. Namun, hati anak sudah gelap. Sudah lupa dia akan kewujudan ibu tercinta.

Akhirnya ibu tak tertahan lagi menunggu kepulangan anak. Matanya kian terpejam, nafasnya berombak lagu. Mulutnya terkumat kamit dengan lafaz syahadah, dengan berbaju compang camping dan lusuh ditubuhnya.

"Ibu pergi dulu nak..doakan ibu dapat jumpa ayah ya.." 

Akhirnya ibu mengikut juga jejak ayah.

Anak kian hidup derita. Apa sahaja yang dibuatnya tak menjadi. Akhirnya segala kemewahan ditarik balik, isteri pun lari. Dia sudah tak punya apa-apa. Barulah mulutnya menyebut 

“ ibu.. ibu.. ibu.. ayah.. ayah.. ayah..” 

Lalu ditujukan ke desa pulang untuk menemui dan memohon ampun kepada ibu dan ayah tercinta. Segala silap salah ingin dimohon ampun. Ingin disujud di kaki ibu ayah, ingin dipeluk cium.

Namun semuanya sudah terlambat ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Si anak separuh gila apabila mendapat tahu orang tua yang selama ini bersusah payah membesarkannya sudah tiada. Kekesalan tiada gunanya. Hanya yang mampu panjatkan adalah doa buat mereka.

Duhai anak, insafilah dirimu. Kenangilah jasa orang tuamu. Berbaktilah pada mereka sehingga ke akhir hayat mereka.

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI ANAK.

Nukilanku Syeeda Saniey

Wasalam

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah