ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, April 2, 2013

Apabila haiwan dizalimi


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama syeeda nak post menda ni. Tapi dek kerna kerna kemalasan
yang tinggi menggunung, syeeda abaikan jap.
Malam ni baru sempat nak update

Sabtu lepas syeeda g amek ubat coz tangan ni krem. Alih2 doktor cakap tak ada apa..
ish-ish punya lah sakit tak leh nak angkat tangan ni dia cakap tak de pape..adohai
ok lah abaikan je..hii
janji dah sihat, syukur Alhamdulillah

Lepas amek ubat tu, ternampaklah seekor kucing oren yang dok sedap tidoq atas bumbung kereta
di parkir kereta tu.
Gebunya ..
Pangil punya panggil, dia datang dekat syeeda & adik.
Manjanya aduhai.. 
Habis digeselnya..hii

Belek punya belek, cam ada something pelik dengan kucing ni.
Apesal ekor dia kontot sangat. 
Kami syak ekor dia kena potong sebab ada kesan macam dipotong.



Ni dua gambar yg sempat syeeda snap.

Memang kena potong ni..Cuma tak perasan sangat maybe dah lama kot.
Tempat tu tapak pasar malam setiap Rabu dan Sabtu.
Mungkin kerna kucing ni curi ikan dia menerima kekejaman itu.

Kenapa kerana kebendaan, manusia sanggup berlaku kejam pada haiwan.
Mereka juga makhluk Allah yang berhak mendapat dan menikmati kehidupan bahagia di dunia.
Kalaulah mereka boleh berkata-kata...

Kasihani, sayangilah mereka.
Jangan menambah DOSA anda.
Semoga si pelaku mendapat hukuman kelak.


p/s : Hujan menemani malam-malam indah, Selamat Malam.

Wasalam






No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah