ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, December 28, 2012

Jom Tengok Cerita 'Hanya Padamu'


Assalamualaikum
wah dah lama rupanya syida tinggalkan blog tersayang ni.
bukan sibuk mana pun tapi malas nak update..
hii

sekarang ni kat tv3 ada cerita baru ganti Runtun Qalbu.
Tajuk dia Hanya Padamu


Sinopsis pendek:

Mengisahkan anak yatim piatu, Adawiyah (Nazeera Sardi) yg tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya, Sabariah dan Omar. Namun, Adawiyah dibenci oleh Sabariah. Apabila Omar meninggal dunia, Adawiyah diberhentikan sekolah walaupun dia seorang yang pintar di sekolah. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril) menegur ibunya namun tidak diendahkan. Bukhari kemudia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Jepun. Selepas pemergian Bukhari, Adawiyah dihantar ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, ramai yg dengki padanya dan selalu diugut oleh pekerja kantin di sana. 8 tahun kemudian, Arman (Beto) dalam keadaan tidak terurus bertembung dengan Adawiyah. Nak tahu cerita selanjutnya, kena la tengok cerita Hanya Padamu slot Zehra tv3.. 

Episod 1 yg baru saja melabuhkan tirai jap tadi memang best, perjalanan hidup Adawiyah yang cukup perit apabila dibenci oleh Sabariah dan impian untuk berjaya dihalang oleh Sabariah.
Minggu depan episod 2 pulok...

wasalam


No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah