ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, August 16, 2011

Kenapa Orang Suka Mengumpat??

Slmt petang lagi skali..Entry syeeda ni kesinambungan kat entry nie..

ehsan pak cik Google

Mengumapat dapat diertikan sebagai menceritakan keburukan org lain walaupun ia benar..so awat depa dok tangkap cintan ngan cik Umpat ni?? jom pakai mai tengok kat sini..

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 6 sebab pasai apa org dok suka ngumpat ni:

1. Ingin puaskan hati disebabkan kemarahan memuncak samapi sanggup dedahkan keaiban dan kesalahan org lain. Bila kemarahan tu tak dpt dikawal maka akan timbul perasaan hasad dengki dan dendam.- 

2. Suka mengikut dan mendengar perbualan rakan yang menyerang peribadi dan kehormatan org lain.

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dgn menganggap org lain bodoh dan hanya dia yg pandai..

4. Kerana dengki, ia merasa iri hati dgn org lain yg lebih beruntung dan berjaya daripadanya.

5. Bergurau dan suka melawak utk mencela dan megata sesuatu mengenai kelemahan dan kecatatan org lain.

6. Sikap yg suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah pada org lain.

DOSA MENGUMPAT:

tidak akan diampunkan oleh Allah walaupun pelakunya bertaubat. Sedangkan dia perlu memohon ampun kepada org yg diumpatnya kerana hanya mereka dapat mengampunkan si pengumpat.

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 
ayat 12)

wasalam

2 comments:

  1. Semoga kita dijauhkan daripada bende2 busuk mcm nih..

    hai, tuan blog..1st time here.

    samat berpuasa! =))

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah