PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, June 2, 2011

SELAMAT DATANG REJAB..




Erm sedar tak sedar dah masuk 1 Rejab.. maknanya lagi 2 bulan seluruh umat Islam bakal menyempurnakan rukun Islam ketiga yakni berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.. (Hii ni bukan entry pasal bulan Ramadan taw..)  


Ni nak cerita dulu pasal Rejab.. Pas maghrib tadi dah masuk 1 Rejab 1432H.. (bukan 12 tengah malam nanti tau..hii).. so eloklah kita berpuasa sunat , nak puasa sebulan pun boleh bagi yang mapu, besar ganjarannya..


Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”



*MARI KITA TENGOK KELEBIHAN BULAN REJAB NI*


1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.





    2 comments:

    Musafir Pinggiran said...

    selamat menyambut bulan rejab..
    sama2lah kita menjadi manusia yang lebih baik

    Nur Syahida said...

    insyaAllah. sama2 beramal

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...