Cerita ni asalnya syeeda dengar dari
seorang ustaz yang mana syeeda n sahabat2 sekampus g dengar ceramah dia..
kebetulan pulak terjumpa cerita sedemikian kat satu laman web ni.. so syeeda
ringkaskan la erk citernya..mesti ada yg pernah dengar @ baca punyer..
Kisahnya macam ni..
Ada seorang pemuda berjalan2 kat taman,
tiba2 dia jumpa sebuah novel yang kat dalam dia ada satu kertas tulis nama dan
alamat seorang gadis yang sedang mencari kenalan.
Jadi si pemuda tadi pon mengirim surat
kepada gadis tu menyatakan yang dia sudi nak kenal dgn gadis tu.. (WOW romantik
la...main utus surat)
Nama gadis tu “Zahra”
Jadi... bermulalah perkenalan tanpa
bertemu..mereka berhubung dgn berutus surat jela..(xmain la guna h/p mcm korang)
hii lama juga diorg kenal dgn utus surat la.. sekali pon tak jumpa..
Akhirnya, daripada ikatan persahabatan
mula membuahkan perasaan CINTA. Yela walaupun tak pernah jumpa, hati mereka
bertaut dan membuahkan kasih sayang..si pemuda teringin sangat nak berjumpa dgn
gadis misteri ni..
Si pemuda kemudian mendapat panggilan
sambung belajar kat luar negara..lama jugak la, jadi dia antar surat kat gadis
tu berbunyi,
“kalau
Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita
berjumpalah di lapangan terbang pada hari aku balik Malaysia nanti. Aku membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk
makan malam dan bertemu orang tuaku."
Setelah
tamat belajar (lebih kurang 3 tahun lebih jugak..)
Pemuda
tu balik ke Malaysia dan seperti yg dijanjikan dia menunggu dan mencari gadis
tu di airport dgn memegang sekuntum mawar merah.
Tiba-tiba,
dia ternampak seorang gadis yang agak berisi, dan berkulit hitam duduk di
kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kaki
kudung dan tangan cacat. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar
berwarna merah. Dia sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis
pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, dia memberanikan diri
menghampiri gadis tu..
“Zahra?”
Gadis tu melihat pemuda tu..lalu pemuda
tu kasi bunga mawar tadi kat gadis tu..dan kata “aku amat merinduimu Terimalah bunga ini dan
pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak
sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu..”
Gadis
tu senyum dan kata "ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini
kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang
menunggu kamu di restoran di hadapan sana ini sekiranya kamu mempelawaku makan
malam dan bertemu orang tuamu."
Maka
bertemulah dia dengan gadis yang dimaksudkan itu..
(korang
imaginasi sendiri ya rupa Zahra tu..hiii)
TAMAT
MORAL:
Masih
adakah lelaki seikhlas Pemuda dalam cerita ni..yang mana dia melihat pada HATI
dan pada RUPA. Sesungguhnya dia mengotakan janjinya dan tetap teguh perasaannya
walaupun pada mulanya dia menyangkakan gadis cacat berkerusi roda adalah Zahra.
Renungkan....masih
adakah lelaki seikhlas dan seluhur pemuda ni??
aku suke cite nie!!! hehe
ReplyDeleteaku tersentuh m'bacanya..huhu..
ReplyDeletemaakaseh baca ya sahabat2 ku...alamak tersentuh lak AA
ReplyDeleteAA tu lembut hatinya.. hihi~ jgn marah Anip..
ReplyDeleteWah, mana nk dapat llki mcm tu? Susah nk jumpa.
itu la sha..kalau dpt bertuah
ReplyDeletesusah nak cari lelaki mcm ni...leleh kjp han bca cerita ni...
ReplyDeleteitulah namanya cinta yg tulus...bukan kerana rupa dan harta
ReplyDeletetp yang pasti hanya satu dlm sejuta lelaki begini
btol tu
ReplyDeletesweet la cite ni.tp ssh la nak cari laki mcm ni..
ReplyDelete