ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, May 11, 2011

ROS @ TAHI AYAM..

Assalamualaikum.


Apa la pelik tajuk entry kali ni.. ni sah penangan drama tak habis-habis lagi ni...
Korang jom la syeda menjelajah lagi entry kali ni..kalau korang tengok cerekarama tajuk ‘Cinta si Bunga Tembam’ sure korang lebih faham la.. ni pon syeda masih terbawa2 skrip ‘nak pilih bunga ros ke bunga tahi ayam?’... hii

Sebelum tu nak tanya korang dulu...Erm kalau korang la diberi pilihan, antara bunga ros dan bunga tahi ayam...yang mana korang suka, ataupun jadi pilihan time nak bagi kat makwe korang???

Sah2 la korang pilih bunga ros kan kan.. mana la korang nak bunga tahi ayam..nama pon dah menjengkelkan ni pulak nak kasi pada makwe.. huih takde kelas langsung!!!
Macam tu jugak kalau korang pilih makwe, sure nak yang macam bunga ros kan.. hii cantik, comel, putih, kurus... sejibik macam bunga ros..100% macam bunga ros jugak yang korang cari..
TAPI....

Makwe macam bunga tahi ayam langsung korang tak pandang pon kan kan... geemuk, pendek, hitam..huih malu katanya nak kuaq dating..


ROS
sejenis tanaman hiasan, baunya wangi, warna cantik, tapi kena jaga betul2 lagipun dia tak tahan lama, duri tajam... (luka tangan chek...)
nak tau lagi jom tengok kat SINI



TAHI AYAM
Juga tumbuhan hiasan, baunya kurang menyenangkan (busuk laa) hii, tapi berguna dalam perubatan melayu, erm taham lama n tak susah pon nak jaga dia..
Hii syeda bukan nak promote bunga pon..tapi just bagi perumpamaan..KLIK SINI




Kesimpulannya, dalam memilih pasangan hidup  yang penting dilihat dalamannya bukan luarannya.. kerana rupa paras bukan jaminan kebahagiaan, sikap dalaman kita sendiri yang mampu menempa kebahagian..
Jangan lah hanya kerana keelokan paras rupa kita terlupa menyelongkar keelokan hatinya.. TAPI kalau dah dapat rupa cantik dan hati pon baik, itu satu PAKEJ tu...hiii

Jumpa lagi di lain entry ..



No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah