Mungkin kalau tak kenal ibu, kenal mama, tak mama, mak kan..mak pun tak kenal?.. mungkin umi kenal kot..tak kenal jugak? Mummy ye...ke Bonda.. Tak jugak??? Ish kes berat ni..
*NI AKU REFRESH BALIK ENTRY AKU YG LEPAS SEMPERNA HARI IBU ni..SELAMAT MEMBACA..
B
anyak panggilan yang digelar kepada wanita yang telah susah payah melahir dan menjaga kita disamping dapat pertolongan dari seOrang lelaki..sape pulak 2?? Tak kenal ke... Lagi berat kes anta ni..itulah AYAH.. Ibu, mak, umi, bonda, mama, mummy panggil apa gelaran sekalipun jasanya pada anak-anak tercinta amat bernilai.. wanita cekal yang selama 9 bulan 10 harinya menggendong anak dalam kandungannya ke mana saja dia pergi.. tak pernah dikeluh, xpernah dikesal, tak pernah merintih, Xpernah malu dengan perut besarnya.. itulah IBU.
Sebelum dilahirkan, segalanya persiapan diperlengkapkan. Baju, susu, pampers, tempat tidur..ahh macam2 tak terkira tambah pula jika anak sulung..gembira tak terkata..tak pernah kesal berhabis duit untuk si anak yg bakal lahir. Perlahan jalannya bersama Ayan yg sentiasa menemani ibu tercinta membeli kelengkapan..Sabar ayah demi anaknya...Gembira ayah tak terkira, sanggup bekerja lebih masa siang malam, hujan panas semata untuk memenuhi keperluan si anak yg bakal lahir..
Seusai lahir, ditatang bagai putera raja.. ibu dan ayah gembira dengan kelahiran anak..kalau boleh satu kampung nak dia bagitau anaknya dah lahir.. bangun saja tidur, ibu siap sedia nak mandikan, dipakaikan baju cantik2, ditempeknya bedak sejuk.. “Segak dah anak ibu”.. Bila kencing ibu juga basuh dan tukarka lampin. Lagi la time buang najis, ibu jugak la yang tanpa sifat kegelian menukarkan serta cuci najis anak..Meningkat usia 5 tahun ayah belikan basikal roda tiga..ayah ajar naik basikal sampai cekap lah..mauk darjah satu, ayah terpaksa kerja keras nak bayar yuran sekolah n beli baju sekolah baru, beg sekolah baru..banyak jugak duit ayah habis..lagi pulak nak sara makan minum pakai lagi..
Ibu ayah selalu pesan “ belajar rajin-rajin, ibu ayah tak ada harta nak bagi kamu..kami tak ada apa-apa nak..”
Bila dapat result gempak, ibu ayah orang paling gembira sekali...”Tahniah anak ibu” “Tahniah anak ayah” sambil dikucup dipeluk erat anak sambil menitis air mata kegembiraan mereka. Tak sia-sia anak yg dididik dan ditatang berjaya menjadi pelajar cemerlang..Ibu ayah kata akan iktiar cari hadiah sebagai ganjaran walaupun memang duit tak cukup nak beli..
Bila dapat tawaran masuk universiti, ibu ayah lagi kerja keras. Katanya nak pakai banyak duit..ibu siangnya cuci baju kat rumah jiran2, petangnya cuci pinggan kat restoren di pekan ..malamnya pula buat kuih muih utk di hantar ke warung. Tak pernah sekali dia mengeluh..malah kepenatan dia juga tak kelihatan walaupun sememangnya dia penat sangat..nak jaga hati anak katanya.. Ayah pula dari pagi sampai maghrib menoreh getah di hujung kampung..macam2 bahaya dalam hutan getah tu tapi demi anak yang bakal ke menara gading, sanggup dia taruhkan nyawa..
Bila dah masuk universiti..semua benda nak pakai duit..tambah pulak bila terpaksa menyewa rumah..asal tak da duit call ibu ayah minta..sebab diorang dah pesan tak payah susahkan diri kerja, fikirkan study ja..tumpu betul betul..Lagi kuat ibu ayah kerja kat kampung sampai demam-demam..tapi takpe demi anak sanggup dilakukan walaupun terpaksa bahayakan nyawa..asalkan anak berjaya syukur Alhamdulillah.. ibu selalu pesa “ Jangan tinggal solat ya nak..”
Tahun kedua di universiti anak mula pandai..ikut kawan ke sana sini..cuti sem tak balik...bergaul dengan laki pompuan sesuka hati..Bagi asalan kat ibu ayah, nak study lebih masa untuk exam.. ibu asyik menangis menahan rindu..sampai bengkak mata..ayah pulak asyik batuk-batuk tak mapu lagi buat kerja berat lagi..
Tahun ketiga study lagi tak balik alasan tahun akhir nak tumpu betul2..ibu hanya akur..ayah pula dah telantar sakit.. Habis belajar konvo pun tak jemput ibu ayah datang raikan..malu katanya dekat awek..ibu ayah selekeh..padahal dulu masa dia dapat anugerah kat sekolah, ibu ayah tak jemu-jemu tunggu dia naik pentas walaupun terpaksa berdiri lama..
Habis belajar terus dapat kerja kat KL.. tak pula diberitahu ibu ayah..gaji pertama dijoli dengan makwe..tak ingat langsung nak kirim ke kampung..Ibu call selalu tak angkat, nak beritahu keadaan ayah semakin teruk..tapi ibu tak pernah kesal..
Tiba pula masa nak kawen, hanya balik bagitau ibu ayah nak kawen..tak payah susah-susah buat apa-apa..katanya semua keluarga bakal isterinya dah buat persiapan, nak harap ibu ayah buat tak tercapai agaknya..saat tu air mata ibu mengalir laju..ayah di pembaringan hanya menahan sebak..sampai hati kau nak..Dijemput ke majlis dia pun tidak..
Dah kawen..langsung tak balik kampung bawa isteri..malu katanya, rumah ibu ayah buruk tak selesa isteri dia..ada juga sekali dia balik bagi amaran jangan call dan cari dia lagi..dia kata malu punya ibu ayh miskin kedana..padahal si kedana inilah yg didik kamu nak..punah hati ibu ayah dengar..
Ibu akur dengan arahan anak..akhirnya betullah si anak tak lagi dapat dihubungi..mungkin sudah tukar nombor telefon..ibu menangis lagi..sampaikan ayah nazak dia tak tahu..akhirnya ayah menutup mata dalam keadaan rindukan anaknya..
Tinggallah ibu seorang diri di pondok buruk..meniti usia tua sendirian. Hanya dengan ehsan jiran-jiran, ibu mampu teruskan hidup..Setiap hari ibu menangis mengenang anak ..
Setiap hari tanpa putus-putus ibu cuba menghubungi anak di pondok telefon seberang jalan..terbongkok-bongkok ibu berjalan..bila tiba hari raya, ibu tak dapat tahan sebak..pakaian lusuh dan koyak tak pernah berganti, tidur beralaskan tilam usang, bertemankan cahaya semulajadi..bila hujan tidurnya bertemankan air langit..
Anak hidup mewah di kota..langsung tak diingatnya ibu di kampung,,pemergian ayah juga tak tahu..hidup mewah dilimpahi wang ringgit, isteri dan anak membuatkan dia leka..
Inikah contoh anak berguna?? Dilepaskan tanggungjawab kepada ibu yg uzur dan serba kekurangan di desa..malah diputuskan talian kekeluargaan lagi.. Tiap hari ibu menangis..sampaikan matanya sudah kabur dan hampir buta..kesihatannya kerap terjejas dek selalu terkena air hujan dan panas matahari.. tubuhnya cengkung menglidi..Tak putus-putus ibu doa agar anaknya pulang.. moga dia sedar.. “ibu sayangkan kamu nak..ibu dah maafkan segala dosa kamu , pulanglah sebelum ibu menutup mata nak..” Mulianya hati seorang ibu..lembut bagai bak sutera..
Namun, hati anak sudah gelap..sudah lupa dia akan kewujudan ibu tercinta...
Akhirnya ibu tak tertahan lagi menunggu kepulangan anak..matanya kian terpejam, nafasnya berombak lagu..mulutnya terkumat kamit dengan lafaz syahadah, dengan berbaju compang camping dan lusuh ditubuhnya.. "Ibu pergi dulu nak..doakan ibu dapat jumpa ayah ya.." akhirnya ibu mengikut juga jejak ayah..
Anak kian hidup derita..apa dibuatnya tak menjadi..akhirnya segala kemewahan ditarik balik..Barulah mulutnya menyebut “ ibu..ibu..ibu..” Lalu ditujukan dirinya ke desa pulang mencari ibu dan ayah tercinta..segala silap salah ingin dimohon ampun..ingin disujud kaki..ingin dipeluk cium...namun semua dah berakhir!!
Si anak separuh gila dapat tahu orang tua yg selama ini bersusah payah mendidiknya sudah tiada..kekesalan tiada gunanya..nasi dah jadi bubur!! Hanya yg mampu panjatkan doa buat mereka..
Duhai anak, insafilah dirimu..kenangilah jasa org tuamu..berbaktilah pada mereka sehingga ke akhir hayat mereka..RENUNG-RENUNGKAN ANAK..
BERIKANLAH KASIH SAYANG ANDA BUAT IBU TERCINTA SELAGI ADA WAKTU...
No comments:
Post a Comment