بسم الله الرحمن الرحيم
Semperna menyambut ketibaan Maulidur Rasul tahun ni bersamaan 12 Rabiulawal 1432H, mari sama-sama kita mengimbas kembali sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W. yang kita kasihi..Dialah pemimpin dan idola yang terbaik yang patut dicontohi oleh sekelian umat. Rata-rata masyarakat sekarang memandang remeh tentang sejarah hidup Baginda. Oleh itu, institusi pendidikan seharusnya lebih menekankan tentang sirah Rasulullah S.A.W agar anak-anak dapat mengetahui seterusnya menghayati kisah Baginda.
Masih saya ingat, ketika di sekolah agama fardu ain dulu, banyak kisah-kisah Baginda saya pelajari. Memang menarik dan tak pula mengantuk dalam kelas bila ustazah khusyuk bercerita..
Nabi Muhammad S.A.W diputerakan pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April tahun 571M di Makkah.
Diberi nama yang cukup idah iaitu Muhammad bin Abdullah yang bermaksud 'yang terpuji'. Ibu Baginda bernama Aminah binti Wahab dan ayah Baginda Abdullah bin Abdul Mutalib. Namun, ayah Baginda meninggal dunia sebelum sempat menatap Baginda. Ketika itu Baginda masih dalam kandungan ibunya. Diceritakan pula, kelahiran Baginda dalam keadaan sudah dikhatankan.
Ketika di usia 5 tahun, ibunya pula pergi buat selama-lamanya. Tinggallah Baginda bersama datuknya, Abdul Mutalib. Namun kasih sayang seorang datuk hanya mampu bertahan setahun apabila datuknya pula meninggal dunia. Tinggal Baginda sebatang kara dan kemudian dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib. Bermula dari
situlah Baginda terlibat dalam perniagaan.
Sesungguhnya marilah sama-sama kita menghayati dan mendalami sejarah kisah Muhammad S.A.W bukannya meraikan dan mendalami apa yang tak sepatutnya sebagai seorang umat Islam.
SALAM MAULIDUL RASUL 1432H.
No comments:
Post a Comment