Perkenalan dengan Saiful, sepupu Sarah di Restoren Sekupang suatu tengahari setahun yang lalu berjalan lancar. Orangnya segak bergaya ala-ala Fahrin Ahmad, berkerjaya doktor pakar bedah, dan yang penting sedap mata memandang. ‘Alamak berangan pulak aku ni’. Si Sarah ni pepandai ja kenalkan aku dengan sepupu kesayangan dia. Katanya Saiful tengah mencari gadis idaman utuk di buat isteri. Ah ada-ada saja Sarah tu. Siapalah nakkan seorang jururawat macam aku ni jadi isteri. Aduh....
Tugas seorang jururawat di Klinik Keluarga Nora memaksa aku bekerja keras kerana hanya aku seorang sahaja jururawat berpengalaman di sini. Senior la beb..hiiii. Doktor Nora memberi sepenuh kepercayaan kepadaku dalam menguruskan semua perkara, malah dokumen sulit pesakit pun aku diminta simpankan. Tamat shift aku pukul 5 petang, telefon bimbitku menyanyikan alunan nada ‘sleep song’ tanda ada pemanggil di talian. Lantas ku tekan punat ‘jawab’.
“Assalamualaikum, siapa tu?” Tanyaku selepas melekapkan telefon ke telinga.
“Waalaikumusalam....Saiful la. Free tak?” Alamak mamat ni rupanya.
“Aaaa...free je....baru keluar dari klinik. Kenapa Saiful?” Jawabku jujur.
“Nak ajak awak teman saya makan. Lapar la.....Please Aina.....saya ambil awak kat klinik ya.. Tunggu tau.”
Eh mamat ni...belum aku setuju lagi dah nak datang jemput aku. Gelojoh betul.
Klik. Talian dimatikan.
Dah tak sempat nak menolak, so terima sajalah...Aduhai cik Saiful....
Suasana di Restoren Dang Amun kelihatan sesak dengan pengunjung. Maklum lah dah tamat waktu pejabat, masa untuk makan malam sekarang.
“Makan la...Tak luak pun nasi goreng tu...ke nak saya suapkan” Teguran Saiful menghapuskan terus lamunanku.
“Eh....ni saya makan...aummmm...” Satu sudu besar nasi aku masukkan ke dalam mulut.
“Awak ni Aina, kelakar la....walaupun baru kenal sebulan tapi saya happy sangat dengan awak..”
“Eh jangan la cakap macam tu...malu saya....” Mukaku dah merah. Alamak!!!!!
“Sejak saya kenal awak, hidup saya bahagia. Awak banyak ajar saya erti kehidupan. Awak tak macam perempuan-perempuan lain.”
“Maksud awak...?” Pelik aku mamat ni.
“Awak istimewa Aina....tak sia-sia Sarah temukan kita ...saya.....” Tersekat pula ayatnya.
Aku hanya buat muka hairan. Tapi dalam hati, berharap sangat dia akan melamar aku jadi kekasihnya...Amin
“Saya..............awak......” Isyarat jari telunjuknya yang saling bergeseran membuatkan aku lebih hairan.
“Cakap la, awak....saya tak faham la....”
“Bismillahirahmanirahim....Nur Amar Aina Ahmad, sudikah awak menjadi kekasih hati kepada Tengku Saiful Ridwan Tengku Saidin?”
‘Alamak betul ke apa yang aku dengar ni...Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah...’
MAKA....
Bermulalah kehidupanku sebagai seorang kekasih....erm macam tak percaya kan? Tapi itulah realiti yang sedang aku hadapi. Hidup sebagai seorang yang istimewa kepada seorang doktor cukup mencabar. Susah betul nak ajak keluar, selalu saja on call. Tapi aku bahagia sangat. Dia seorang yang caring, lucu, yang yang penting beriman. Alhamdulillah.
“Cik Aina sayang....makan sendiri ke nak kena suap ni...termenung ja..”
Alamak mengelamun pulak.
“Ok sori la...makan sendiri la..malu orang tengok nati lau suap...”
‘Ala malu pulak sayang ni..esok-esok dah kawin, tak boleh malu-malu lagi tau...”
Alamak ke situ pulak..
“Hiii baik boss..”
Sesudah makan, Saiful meletakkan kotak kecil berbalut kertas pembalut bercorak ‘love’.
“Ini untuk sayang....”
“Apa ni...?”
“Balik nanti baru buka ya sayang.....”
“Aik sekarang tak boleh ke?”
“Tak boleh sayang...nanti orang lain jelous tengok..” Ketawa membuatkan aku bahagia. Senyumannya iras pelakon Fahrin Ahmad.
“Pulak...haha. Ok sayang bucuk-bucuk..”
Bahagianya aku bersamanya. Sentiasa disulami gelak dan tawa.
*********
Setahun sudah aku dan Saiful berpacaran. Aku bahagia walaupun aku tahu bahagia itu adalah kurniaanNya. Syukur ya Allah kerana Kau pertemukan dengan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, dan mengambil berat. Yang penting dia tahu menjaga batasnya denganku. Dialah lelaki yang aku idamkan untuk menjadi pembimbingku kelak yakni sebagai seorang suami.
Petang itu, aku ke rumah Sarah. Aunty Sally, mama Sarah selalu mengundangku ke terataknya untuk menjamu selera dan berkongsi cerita.
“Eh dah sampai pun....masuk Aina. Aunty dah siapkan hidangan petang kat taman belakang. Jom...”
Aku sudah terbiasa dengan Aunty Sally. Perkenalan dengannya bermula sewaktu dia dan Sarah terlanggarku dengan kereta BMW mereka di hadapan Pasaraya Murni 3 tahun lepas. Dah lama kan....
Kelihatan Saiful pun ada sekali. Alamak malunya aku.... Namun percintaan kami tidak diketahui sesiapa kecuali Sarah.
“Haa...ini lah Saiful..Anak kakak aunty...doktor ni...” ‘Ala aunty saya dah tau..... Dia kekasih saya’. Dalam hati berani la cakap macam tu.
Aku hanya mengangguk. Petang itu aku lebih banyak mendiamkan diri kerana mata Saiful asyik merenungku.. Ala malu la...
“Ha kau ni Ful bila nak kahwin....?” Tanya Aunty Sally tiba-tiba.
“Ala muda lagi mak uda....nanti la dulu...” Jawab Saiful bersahaja sambil anak matanya memandang tepat pada wajahku.
“Mak uda dah ada calon untuk kau....nanti mak uda kenalkan...model tau. Tengku Shasharina..” Jantungku tiba-tiba berlari pantas. Cemburu mula membuak-buak. Astaqfirullah hal azim. ..
“Ala mak uda Ful dah ada calon la. Cantik macam mak uda...” Menyakat pula Saiful ni.
“Haa macam mak uda yang tua ni. Jangan Ful. Mak janda mana kau kutip ni Ful?”
“Eh eh mak uda ni..anak dara la, manis sopan santun budi bahasa tinggi ..memang taste mak uda la” Alahai aku ke tu? Pandangan Saiful membuatkan aku malu sendiri.
“Keturunan kita juga kan??” Tersentak aku mendengar soalan aunty Sarah.
“Ala tak boleh ke orang biasa macam cik Aina kita ni mak uda?”
“Kawan boleh tapi kalau untuk pasangan hidup langgar adat keturunan kita Ful. Maaf ya Aina kalau aunty cakap macam tu sebab dah memang adat keturunan kami macam tu.”
“Eh tak pe aunty..”
**************
Tidurku malam itu tidak nyenyak. Memikirkan kata-kata Aunty Sally petang tadi. Lantas aku bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud dan istiqarah. Doa aku biarlah Saiful satu-satunya lelaki dalam hidupku. Andai dia ditakdirkan bukan untukku, rela aku melepaskannya. Dan tiada lagi lelaki yang akan bertaktha selepas dia. Itu janjiku.
“Awak jangan risau....saya cuma sayangkan awak sorang ja....tak akan ada wanita lain dalam hidup saya selain awak...percayalah..”
Ungkapan Saiful melalui telefon tadi membuatkan hatiku sedikit terubat.
“Saya pun sayangkan awak...tapi....”
“Tak de tapi-tapi sayang...saya nak hidup dengan awak dan bakal anak-anak kita nanti, sayang...awak sorang ja...”
“Betol ni, janji?”
“Janji sayang...i love you..awak dah buat saya jatuh cinta...awak istimewa buat saya....”
“Ok saya pegang kata-kata awak....”
“Yessss sayang....muah”
“Dah tidur na, jangan fikir sangat apa yang mak uda cakap siang tadi ya sayang.”
“Tapi awak kalau...”
“Please jangan cakap apa-apa..saya yakin kita akan bersama sampai akhir hayat kita..”
“Ok...”
“Tidur tu mimpi saya k..siap awak kalau mimpi orang lain..haha”
“Mimpi hantu pon tak boleh?”
‘Tak boleh..nanti saya cemburu dengan hantu tu...”
“Ala ngan hantu pon nak cemburu. Tak logik..”
“Tak logik-tak logik pon awak saya punya...hak milik saya..”
“Eleh yela tu, tengok-tengok awak kawen dengan orang lain..”
“Sayaaang..jangan cakap camtu boleh, masin mulut t..”
******************
SEBULAN KEMUDIAN................
Berita pertunangan Saiful membuatkan aku sengsara. Seminggu aku jatuh sakit.Berkali-kali aku cuba menelefonnya tapi gagal. Sarah juga begitu.
Kebah saja demamku, aku menguatkan diri ke rumah Aunty Sally...
“Eh nak apa kau...?” Terkejut aku dengan kata-kata Aunty Sally yang tidak ku jangka.
“Sarah ada aunty?” Tanganku menggenggam pintu pagar yang tidak dibuka.
“Tak da..hei berambus la...kau jangan nak bermimpi nak kahwin dengan Saiful...kau tak layak la dengan dia...macam langit dengan bumi tau...dah pergi balik....!!
Asta’firullahalazim....
“Tapi aunty.......”
“Sudah aku kata....hei kau ingat aku tak tau yang selama ni kau yang menggoda anak saudara aku ya...jangan mimpi la kau nak kahwin dengan dia...dah berambus sebelum aku panggil pengawal....!!!!”
“Aku ingat kau baik, rupanya penggoda...menyesal aku dengan Sarah kenal kau la...!!”
Sudah ku jangka ini kesudahan cinta kami. Sepanjang malam aku tidak berganjak dari tikar sejadah selain memohon kekuatan hati, memohon pertolongan dariNya.
Kemunculan Saiful untuk menjelaskan segalanya amat aku harapkan. Akhirnya kami bertemu di tempat mula-mula kami bertemu, Restoren Sekupang.
“Macam mana dengan saya, awak...sanggup awak tinggalkan saya?” Airmataku mula mengalir tanpa mempedulikan mata-mata liar yang memandang.
“Aku tak pernah cintakan kau...sape kau dalam hidup aku ha?”
“Saiful...kenapa dengan awak...saya kan kekasih awak...? A...awak dah lupa?”
“Aku benci la tengok kau...dah pergi la kau...aku kata pergi!!!!!!!”
Ya Allah kena begini sekali dia berubah. Kenapa? Kuatkan aku ya Allah sesungguhnya Saiful amat aku kasihi. Lelaki pertama yang hadir dalam hidupku sukar untuk aku lupakan. Namun apakan daya sudah ini yang telah disuratkan buat diriku. Harus aku terima segala takdir yang Esa.
**********
“Apa ni ha?!! Asyik nak marah-marah ja...!!!” Tengku Shasharina menghempaskan pintu.
“Maafkan abang sayang..tiba-tiba rasa naik angin..sayang nak abang tolong angkat barang-barang tu..” Kelihatan Shasha sedang menjinjit beg plastik menandakan dia baru balik dari pasaraya membeli pakaian.
“Tau pon.. dah tu amek la ni...!!” Beg-beg plastik dihempaskan ke lantai dan hampir mengeluarkan isinya. Saiful pula lantas mengutip taburan beg plastik tersebut.
‘Tolong basuh dulu dan lipatkan sekali masukkan dalam almari aku..paham!!”
“Paham sayang..abang buat sekarang”.
Malamnya Saiful ada on call. Bergegas dia menyiapkan diri lalu bergegas keluar menuju ke garaj.
‘”Oi kau nak pegi mana tu...kan dah janji nak bawak aku makan malam ni...”
“Alamak abang lupa la sayang..tapi abang on call ni..emergency sayang...”
“Eh dah janji kan....tak baik tau abang....tak kira kena jugak g dinner.” Shasha merengek manja.
“Ok ok abang call hospital jap...” Saiful segera menelefon hospital menyatakan kegagalannya hadir on call.
“Jom sayang...”
**********
Aku terpaksa menerima pinangan Shahrul, anak sahabat karib ibu walaupun aku telah berjanji tiada lelaki lain selain Saiful. Majlis pertunangan di adakan minggu lepas dan majlis pernikahan dijangka berlangsung bulan hadapan. Aku masih rindukan Saiful.....masih aku terbayang-bayang wajahnya..bagaimana aku ingin hidup bersama orang lain ketika aku masih lagi terbayang-bayang wajahnya..
“Shasha macam mana ubat pengasih yang mak uda bagi dulu..? berkesan?” Tanya Sally ketika mereka minum petang bersama Tengku Salma, umi Saiful.
“Berkesan sangat mak uda..thank you..semua yang saya suruh buat dia buat aja mak uda...sampaikan on call pun dia sanggup tak pergi..” ketawa kegembiraan dua beranak itu.
“Kak Ma, tolong masuk ambil beg tangan saya kejap..” Arah Sally.
“Ni Shasha, mak mertua kamu tu pun mak uda dah guna-gunakan..tengok ikut ja apa kata mak uda...hahaaa” Kali ini ketawanya lagi kuat berdesing.
“Kenapa mak uda?”
“Aku benci tengok keluarga diorang bahagia sedangkan aku walaupun kaya raya tapi tak pernah bahagia. Pak uda kau tu dah kahwin lagi satu. Si Sarah pula asyik berkepit dengan mak mertua kau...”
“Abah?”
“Aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan abang ipar aku tapi tiba-tiba kakak aku sendiri yang dipilihnya. Tapi disebabkan aku masih sayang pada dia aku guna-gunakan dia sekali...”
Sally tersenyum riang.
“Patut la tengok abah dengan mak uda rapat lain macam ja...”
Tanpa mereka sedari seseorang telah mencuri dengar perbualan mereka.
**********
Pernikahanku berjalan lancar. Selesai majlis, kelibat Shahrul hilang dari pandanganku. Riak wajahnya kelihatan masam mencuka selepas majlis tadi.
“Aina, mana Shahrul? Ibu tak nampak pun...”
“Keluar kejap kot..” Jawabku ringkas.
“Hai baru lepas majlis dah lesap...” Hairan ibu.
Seminggu selepas pernikahanku, Shahrul masih belum pulang. Kerisauanku memuncak. Kenapa aku ditinggalkan sebegini rupa...? Setiap hari aku menanti kepulangan suamiku.
Saiful termenung di kerusi batu depan hospital sendiri setelah dibuang kerja oleh pihak hospital akibat kegagalannya hadir on call dan kerap ponteng kerja. Malah solat dan al-Quran yang sentiasa menjadi amalamnya sudah jauh ditinggalkan.
“Assalamualaikum anak..ada masalah boleh pak cik tolonng?”
“Jangan kacau aku boleh tak? Pergi la kau..!!!” Tiba-tiba angin baran mula datang dalam dirinya.
“Istifar banyak-banyak anak..pak cik tau anak ada masalah. Anak ada musuh?”
“Musuh? Apa maksud pak cik ha?!!”
“Dari riak wajah anak, pak cik dapat rasakan anak kena guna-guna ni..”
“Arhh merepek la kau!!”
“Anak ambil kad ni..kalau rasa nak datang buat rawatan sila la...”
“Pusat Rawatan Islam..??” Ketawa Saiful membacanya.
**********
Sudah dua minggu Aina termenung sendiri. Masih menanti Shahrul pulang ke pangkuannya.
“Erm ibunya..tu la awak..terburu-buru nak kahwinkan anak kita dengan si Shahrul tu..tengok la anak kita tu..termenung memanjang.”
Haji Ahmad duduk membawa sebungkus pisang goreng bersebelahan Hajah Asmah.
“Manalah saya tau semua benda ni nak jadi abahnya...si Jah tu kata anak dia setuju, Mah pun setuju la..”
“Kesian abang tengok Aina tu Mah..dah la ditinggalkan sejak hari pernikahan dulu, mana nak dengar mulut-mulut jahat orang kampung ngata lagi..”
Deringan telefon mematikan lamunan Aina.
“Assalamualaikum Aina, Shahrul ni...”
“Wasalam, Shahrul..mana awak pergi. Semua orang cari awak...”
“Saya perlu jumpa awak Aina. Tolong jangan bagitau sesiapa..”
Pantai Morib menjadi tempat pertemuan kami.
“Saya mintak maaf banyak-banyak sebab tinggalkan awak lepas majlis...”
‘Kenapa awak buat macam tu...apa salah saya...?”
“Saya tau awak masih cintakan Saiful”
“Mana awak tau pasal semua ni...?”
“Saya kawan sekerja dia..dia banyak cerita pasal awak pada saya dulu...”
“Tapi dia dah kawen dengan pilihan hati dia...apa lagi yang boleh saya harapkan?”
“Awak kena tolong dia Aina..dia dah kena pecat, asyik marah-marah, bengis, macam tak bermaya..”
“Kenapa jadi macam tu?”
“Saya tak tau sebab tu awak kena bantu dia...lagipun awak...sa..saya dah kawen dengan Sarah, sepupu Saiful.” Terkejut aku mendengarnya. Patut la sudah jarang aku bertemu Sarah.
“Mak dia tau? Family awak?”
“Mak saya baru tau tadi...dia boleh terima..dia serahkan pada saya untuk buat keputusan yang terbaik untuk diri saya..Cuma...Cuma mama Sarah belum tahu, papa dan aunty Jamilah dah tau..mampus kalau mama tau..”
“Habis tu Sarah kat mana sekarang?”
“Tu...” Shahrul menunding jari ke arah seorang wanita bertubuh genit dan bertudung litup di bawah pondok berhampiran. Lalu aku bergegas ke arah wanita tersebut dan terus memeluknya erat.
“Maafkan akak Sarah...akak tak tau Shahrul suami Sarah...”
“Tak ape akak..tapi akak kena tolong abang Saiful dengan mak long dan pak long..”
“Kenapa Sarah..?” Tanyaku segera.
“Abang Saiful, mak long, pak long kena guna-guna dengan mama Sarah dan kak Shasha..” Airmata Sarah mula mengalir laju.”
“Ya Allah..kenapa jadi macam tu...”
“Sarah ada curi dengar perbualan diorang dulu..kesian abang Saiful kak...Tolong la dia kak,walaupun akak dah benci abang Saiful tap Sarah merayu tolong la dia kak” Tersedu sedan nada nangis Sarah.
‘Ya Sarah akak janji akak tolong ya..sudah jangan nangis lagi..jom aka belanja korng makan..lepas ni kita settlekan masalah kita dulu ya..akak tak nak tau jadi madu Sarah..hihi” Jenakaku itu membuatkan Sarah kembali tersenyum.
**********
“Eh pompuan kena kau muncul lagi depan aku..aku benci la tengok kau..Aku dah tak nak kau la.” Kemarahan Saiful kembali memuncak sejurus berhadapan dengan Aina.
“Saya bukan nak menagih cinta awak lagi..saya datang nak bantu awak...jom kita pergi satu tempat..”
Puas memujuk akhirnya Saiful setuju untuk mengikut aku.
“Eh eh ni macam tempat pak cik gila tu yang bagi kad..eh kau nak aku gila jugak ka..” Satu tamparan dan tumbukan lengan membuatkan aku mengerang kesakitan. Lantas aku panggil ustaz Azam dan menyuruh pekerjanya memimpin Saiful yang kelihatan agresif ke dalam.
Selesai dibacakan ayat-ayat suci al-Quran, keadaan Saiful kembali tenang.
“Saya kat mana ni..Aina?”
“Awak dah selamat..Alhamdulillah..”
“Selamat? Kenapa ni...” Tanya Saiful kebingungan.
“Awak terkena guna-guna...” Jawab ustaz Azam disebelahnya.
“Ya Allah, patut lah saya rasa lain sangat ustaz..macam tak sedar..masyaAllah sapa tergamak buat saya macam ni..? Aku dan ustaz saling berpandangan.
“Esok bawa mak dan ayah awak pula ke sini ya anak Saiful” Ujar ustaz Azam.
**********
Alhamdulillah, selesai segalanya....aunty Sally dan Shasha telah menerima padah apabila terlibat dalam kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan melarikan diri selepas rahsia mereka terbongkar.
Umi dan abah Saiful kembali sihat seperti sediakala.
Pak uda kini bahagia bersama mak uda baru aunty Jamilah yang orangnya sungguh loving.
Sarah dan Shahrul pula bakal menimang cahayamata sulung mereka yang dijangka awal bulan hadapan.
Saiful..kembali berkhidmat di hospital yang sama..dan semakin sibuk dengan tugas-tugasnya.
Dan aku...
Elok rasanya aku mengundurkan diri..Saiful pun tak ada respon aja..sibuk aja dengan kerja-kerjanya.
“Nak pergi mana tu sayang...”
Alamak sapa pula panggil aku ni...
“Ai sayang..jangan lari..awak saya punya...”
“Sape tu?!!”
“Amboi dah lupa buah hati pengarang jantung dia....”
“Tengku Saiful Ridwan???”
“Ya sayang....kita kawen ya...dulu dah janji kan....jangan buat lupa ye Puan Nur Amar Aina..”
“Eh tak kawen lagi mana boleh panggil puan”
“Ala esok lusa kena panggil puan jugak kan sayang...dah minggu depan family saya datang rumah masuk minang...”
“Terima kasih awak...” Terharu aku sambil titisan jernih keluar dari mataku.
“Terima kasih juga sebab dah pulihkan abang...umi dan abah kirim salam..”
“Wasalam..abang?”
“Yes belajar la, nanti kena juga panggil abang kan sayang..” Aduh Saiful ni makin menjadi-jadi perangai ulat bulu dia.
‘Ha tu kenapa senyum sorang-sorang tak ajak abang...”
“Ala saja ja...tak boleh ke”
“Tak boleh ,t abang jeles..” Ketawanya membuatkan aku bahagia.
“Dah jom kita g masjid depan tu dah maghrib ni...”
Beriringan kami melangkah ke kereta dan berlalu ke masjib memunaikan solat maghrib.
Berakhirlah kisah aku dah dia...moga rumahtangga yang bakal dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.
-syeeda saniey-
*Terima kasih kepada penulisan2u kerana sudi menyiarkan karya yang tak seberapa ni..