ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, February 10, 2011

SEPETANG KAT KOTA KUALA KEDAH


Cuti-cuti sem ni jom la kta jalan-jalan hilangkan bosan....jom kita p KUALA KEDAH, ambik angin petang..
Tanggal 6 Februari 2011, pas p makankenduri umah tok sedara kat Aloq Janggus saja la nak pusing-pusing Kuala Kedah, nak tengok jeti pi Langkawi. Redah punya redah, jumpa lah jeti p Pulau Langkawi yang teramat sesak..Dalam gambaq kat bawah boleh nampak JAMBATAN TOK PASAI.

Akhirnya...
Sampai juga la kat Kuala Kedah. Dah puas tengok jeti, pusing lagi..haha Pusing punya pusing sampai la kat satu tempat orang panggil KOTA KUALA KEDAH. Mula tengok tercengang jugak. Yela selama ni dok tengok & dengaq masa subjek sejarah sekolah menegah dulu ja.. Terpandang satu rumah api warna putih yang cukup menarik. Orang kat situ panggil 'RUMAH PELITA PUSING'.

Oleh kerana aku tak banyak tau tentang KOTA KUALA KEDAH ni, so aku pon p la masuk Muzium yang ada dekat situ bagi nak tau tentang sejarah kota ni..Rupanya kota ni dibina oleh orang-orang Melayu sebab untuk menghalang ancaman dari penjajah.

Lagi kat sini kita bleh tengok banyak meriam & ada pintu gerbang dan pelantar tinjau.



Sebelum balik, aku sekeluarga ambik angin tengok feri orang baru balik dari Pulau Langkawi..Memang best pekena angin petang kat pantai.

Sebelum kaki melangkah pergi, sempat juga kami singgah tengok kota marina yg guna rekabentuk yang cukup menarik..


Seronok juga bila dapat tau dan tengok sendiri kota ni..satu kepuasan bagi aku bila dapat satu ilmu yang baru..

1 comment:

  1. tempat ni memang cantik, blh dikembangkan untuk jadi aset kedah bagi tujuan perlancongan...



    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah