ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Sunday, November 10, 2013

Oh Cukai Pintu

ASSALAMUALAIKUM

Pagi minggu dah ada kerja nak buat. Bos mesej minta tolong bayarkan cukai pintu klien sebab dia tak sempat. Esok dah kena submit resit tu untuk loan bank klien. Fikir punya fikir tu kan sebahagian dari tugas kita. Apa salahnya tolong menolong ye idak. So, awal-awal pagi ajak ayah gerak ke majlis perbandaran sungai petani. Yela nak pi sendiri memang taklah. Haha Takkan bagi punya diberi kebenaran nek motor sampai sg petani..

Cari punya cari akhirnya jumpalah jugak bangunan mpspk tu. Ingatkan nak kena beratur panjang la. Entah pukul berapa la boleh bayar ni, mesti orang ramai kan. Tapi bila terpandang banner 'pandu lalu' untuk bayaran cukai pintu sahaja, syukur alhamdulillah. Lima minit selesai. Baguskan ada 'pandu lalu' ni. Mudah dan cepat. hihi

EHSAN PAK CIK GOOGLE

Jadi sempatlah patah balik pi beli ikan kat pekan ahad penaga. Ikan fresh baru naik dari laut. Terbaik.  Dua kilo beli RM 16.00. Alhamdulillah dah pun sampai rumah.

p/s : Dapat pengalaman baru

Wednesday, November 6, 2013

Jalan Sehala


ASSALAMUALAIKUM

Lepas ni mai keja kena awai ok. Haha Motif? Jalan depan ofis syeeda dah nak jadi jalan sehala ok. Nampaknya kenalah ikut pusing jauh nak sampai ofis. Siap kena lalu pekan yang sesak tu. Adoi. Dah la tak biasa bersesak-sesak ni..haha


Jalan depan opis tu bertentangan dengan kawasan perumahan. Maybe bahaya kot buat two way. Tak tau pula sebab tak banyak sangat pun kenderaan ikut jalan tu. Aritu pasar malam kat jalan tu dah dipindahkan ke tapak pasar, kali ni nak buat one way pulak. Banyak sungguh perubahan.hii

Akak  kat opis siap bagitahu jalan lain yang ok sikit daripada kena berhadapan dengan 2 simpang yg sesak tu. Memang la naik motor senang nak lintas, tapi kita kena sentiasa beringat dan cari alternatif untuk elak terkandas dalam kesesakan. 

Hope dapat sesuaikan diri datang kerja ikut jalan lain.

p/s : Sudah mau cuti sekolah. Yeah..hii

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah