Assalamualaikum
Alkisahnya dah dekat sebulan pergelangan tangan Syida ni sakit. Tak tahu jenis sakitnya dan puncanya sebab sedar-sedar dah rasa sakit tu. Bermacam-macam jenis ubat dah sapu tapi tak nampak pun keberhasilannya. Last solution cik abang ajak pi jumpa doktor. Nak berurut takut pulak.
Cadangnya nak pi klinik kesihatan tapi tengok dah penuh orang jadinya pi klinik swasta. Doktor check rupanya sakit urat. Hai muda-muda dah sakit urat ni huhu
Jadinya doktor bagi list makanan yang kena kurangkan dan dia ada la sebut pasal minyak kelapa dara. Balik rumah terus cari kebaikan minyak kelapa dara. Melalui maklumat yang Syida dapat, minyak kelapa dara dikatakan mempunyai kebaikan :-
๐ Mengurangkan berat badan
๐ Kurangkan kolestol dan penyakit jantung
๐ Menyokong sistem ketahanan badan
๐ Meningkatkan metabolisme badan
๐ Penjagaan kulit dan rambut
Banyak lagi khasiat-khasiat yang Syida baca. Sapa-sapa yang pernah amalkan minyak kelapa dara ni jom la share testimoni sikit. Rasa nak cuba jugak..
p/s : Dah lunch ke semua
๐ฏ๐ฏ๐ฏ
minyak kelapa dara ok tp bila simpan akan membeku.. huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bagus khasiatnya..
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi minyak kelapa dara walaupun pernah baca ianya banyak khasiat
ReplyDeleteHai,jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
ReplyDelete