ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, November 19, 2020

Apa khasiat Minyak Kelapa Dara

 Assalamualaikum 

Alkisahnya dah dekat sebulan pergelangan tangan Syida ni sakit. Tak tahu jenis sakitnya dan puncanya sebab sedar-sedar dah rasa sakit tu. Bermacam-macam jenis ubat dah sapu tapi tak nampak pun keberhasilannya. Last solution cik abang ajak pi jumpa doktor. Nak berurut takut pulak.

Cadangnya nak pi klinik kesihatan tapi tengok dah penuh orang jadinya pi klinik swasta. Doktor check rupanya sakit urat. Hai muda-muda dah sakit urat ni huhu

Jadinya doktor bagi list makanan yang kena kurangkan dan dia ada la sebut pasal minyak kelapa dara. Balik rumah terus cari kebaikan minyak kelapa dara. Melalui maklumat yang Syida dapat, minyak kelapa dara dikatakan mempunyai kebaikan :-

💜 Mengurangkan berat badan

💜 Kurangkan kolestol dan penyakit jantung

💜 Menyokong sistem ketahanan badan

💜 Meningkatkan metabolisme badan

💜 Penjagaan kulit dan rambut

Banyak lagi khasiat-khasiat yang Syida baca. Sapa-sapa yang pernah amalkan minyak kelapa dara ni jom la share testimoni sikit. Rasa nak cuba jugak..

p/s : Dah lunch ke semua

👯👯👯


Thursday, November 5, 2020

Ubahsuai Blog

  Assalamualaikum wbt

Waktu petang macam-macam ni mula la terasa nak lelapkan mata walaupun sebenarnya tak elok tidur selepas waktu asar ni.. Itulah orang kata godaan syaitan. Makan petang pun ada hari bila terlalu letih sangat, makan kat luar ja. Masak kadang-kadang ja. Tapi tak boleh selalu nanti jadi terbiasa, malas nak masak pulak..😆😆

Bercerita mengenai blog, dah jadi tak elok sebab Syida gatai tangan ubah itu ini. Dah malas nak edit, last-last minta tolong orang editkan je. Sapa-sapa nak edit blog boleh contact Blog Cik Farah. Nanti dah siap baru cantik blog kiter..


InsyaAllah nak aktif balik dalam blogging. Doakan Syida istiqamah na ☺

p/s : Tengah fikir nak masak apa petang ni ðŸ˜Ž


Sunday, November 1, 2020

Penghujung Tahun 2020

 Assalamualaikum wbt

Dah lama tak buka blog. Tiba-tiba rasa rindu nak menconteng kat blog ni. Sebenarnya banyak benda yang Syida nak kongsi kat sini tp macam biasalah angan-angan saja semua tu.

Masa pun makin laju berjalan. Tup tup dah penghujung tahun.



Jadi untuk permulaan nak aktif blog ni, Syida nak buat giveaway ok tak.. Ok nanti Syida update post giveaway pulak.

p/s : Esok kerja..monday blues x





 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah