ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, December 7, 2020

SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah blog Syeeda dah berubah wajah. Macam ini baru ada semangat nak kembali memeriahkan blog yang dah lama sunyi sepi ni.

Di kesempatan ini, Syeeda nak merasmikan satu giveaway khas untuk semua follower dan sahabat blogger kesayangan sekalian iaitu SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY. Sweet kan nama giveaway pun.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

πŸ’š FOLLOW blog SYEEDA SANIEY , DENAAAS dan AZIRI AZMI
πŸ’š Beralamat di MALAYSIA
πŸ’š buat satu entry dengan tajuk "SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY"
πŸ’šJangan lupa tampal sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
πŸ’š Dan lepas dah siap buat entry, sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.

TARIKH TUTUP :
25 Disember 2020, jam 11.59 malam

SENARAI HADIAH :
πŸ‘‰ 2 x buah buku resepi mini
πŸ‘‰ 2 x mask extender
πŸ‘‰ 2 x keychain
Ada rezeki lebih insyaAllah Syeeda akan tambah

Mudah kan. Jom ajak ramai-ramai join. 


Thursday, November 19, 2020

Apa khasiat Minyak Kelapa Dara

 Assalamualaikum 

Alkisahnya dah dekat sebulan pergelangan tangan Syida ni sakit. Tak tahu jenis sakitnya dan puncanya sebab sedar-sedar dah rasa sakit tu. Bermacam-macam jenis ubat dah sapu tapi tak nampak pun keberhasilannya. Last solution cik abang ajak pi jumpa doktor. Nak berurut takut pulak.

Cadangnya nak pi klinik kesihatan tapi tengok dah penuh orang jadinya pi klinik swasta. Doktor check rupanya sakit urat. Hai muda-muda dah sakit urat ni huhu

Jadinya doktor bagi list makanan yang kena kurangkan dan dia ada la sebut pasal minyak kelapa dara. Balik rumah terus cari kebaikan minyak kelapa dara. Melalui maklumat yang Syida dapat, minyak kelapa dara dikatakan mempunyai kebaikan :-

πŸ’œ Mengurangkan berat badan

πŸ’œ Kurangkan kolestol dan penyakit jantung

πŸ’œ Menyokong sistem ketahanan badan

πŸ’œ Meningkatkan metabolisme badan

πŸ’œ Penjagaan kulit dan rambut

Banyak lagi khasiat-khasiat yang Syida baca. Sapa-sapa yang pernah amalkan minyak kelapa dara ni jom la share testimoni sikit. Rasa nak cuba jugak..

p/s : Dah lunch ke semua

πŸ‘―πŸ‘―πŸ‘―


Thursday, November 5, 2020

Ubahsuai Blog

  Assalamualaikum wbt

Waktu petang macam-macam ni mula la terasa nak lelapkan mata walaupun sebenarnya tak elok tidur selepas waktu asar ni.. Itulah orang kata godaan syaitan. Makan petang pun ada hari bila terlalu letih sangat, makan kat luar ja. Masak kadang-kadang ja. Tapi tak boleh selalu nanti jadi terbiasa, malas nak masak pulak..πŸ˜†πŸ˜†

Bercerita mengenai blog, dah jadi tak elok sebab Syida gatai tangan ubah itu ini. Dah malas nak edit, last-last minta tolong orang editkan je. Sapa-sapa nak edit blog boleh contact Blog Cik Farah. Nanti dah siap baru cantik blog kiter..


InsyaAllah nak aktif balik dalam blogging. Doakan Syida istiqamah na ☺

p/s : Tengah fikir nak masak apa petang ni πŸ˜Ž


Sunday, November 1, 2020

Penghujung Tahun 2020

 Assalamualaikum wbt

Dah lama tak buka blog. Tiba-tiba rasa rindu nak menconteng kat blog ni. Sebenarnya banyak benda yang Syida nak kongsi kat sini tp macam biasalah angan-angan saja semua tu.

Masa pun makin laju berjalan. Tup tup dah penghujung tahun.



Jadi untuk permulaan nak aktif blog ni, Syida nak buat giveaway ok tak.. Ok nanti Syida update post giveaway pulak.

p/s : Esok kerja..monday blues x





Wednesday, January 15, 2020

2020

Assalamualaikum
Salam pertemuan dari Syeeda yang telah sekian lama menyepi.

Alhamdulillah dah masuk tahun 2020. Umur pun naik satu angka lagi. Officially 31 years old. Tahun 2019 yang sudah ditinggalkan dengan berjuta kenangan, ada yang manis dan pahit. Begitulah lumrah alam. Warna warni kehidupan ....


Alhamdulillah penutup tahun 2019, Syeeda dah bertukar status. Setelah sekian lama menanti Encik Jodoh yang tak kunjung tiba, akhirnya tarikh 13-12-19 Syeeda dah selamat mendirikan rumahtangga dengan Mr. A. Selamat tinggal zaman bujang. Tepat-tepat umur 30 tu kahwin hee. Sepanjang tahun 2019 asyik fikir persiapan nak kahwin sampai lupa terus dengan blog.

Dan untuk tahun ni doa yang baik-baik sahaja. InsyaALLAH Syeeda nak aktif blogging balik. Banyak benda sebenarnya nak kongsi. Boleh jugak tambah income sikit-skit kan.

Ok lah setakat tu dulu, insyaALLAH next entry menanti.

p/s : Lunch Time
 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah