ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, June 27, 2019

Maju ke Hadapan


Assalamualaikum

Lama sunggut Syeeda tak blogging. Last pun bulan Januari lepas. Konon-konon azam tahun baru nak stay blogging tapi hampeh, bila dah mai penyakit malas tu semua benda tak jadi kami. So, hati kena kental, barulah semua yang dirancang tu terlaksana.

Di kesempatan ini, tak terlewat rasanya Syeeda nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Mohon maaf andai ada tersilap bicara. Maaf na tahun ni tak sempat nak buat giveaway kad raya. Lagipun stok kad raya kat pasaran dah makin kurang. Tapi insyaAllah ada rezeki kita usahakan buat giveaway lain pulak ok.

pinjam kat Cik Google

Alhamdulillah dah 8 tahun lebih dalam dunia blog ni, sayang la kalau tak teruskan. Umur pun dah masuk tiga siri ni haha. Rindunya zaman masa belajar, zaman kanak-kanak dulu..tak kena fikir banyak benda kan. Tapi setiap manusia tu akan makin meningkat umur, dan maju ke hadapan. Akan ada perubahan dalam hidup. Takkan kita nak selamanya hidup sebagai kanak-kanak kan hii Tak apa setiap daripada kita akan melalui fasa-fasa kehidupan tu.

Ok lah, insyaAllah ada kelapangan kita update lagi. 

Selamat Malam



Thursday, January 31, 2019

Masa Berlalu Pantas

Assalamualaikum wbt
Selamat Malam semua sahabat

Alhamdulillah masih dapat 'berbicara' di blog walaupun sudah lama tidak bersiaran. Apa khabar semuanya. Diharap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Tahun 2019 sudah pun tiba. Dah nak masuk bulan Februari pun. Cepatnya masa berjalan kan. Umur pun dah naik satu tangga ni. Semoga tahun ni tertunailah impian masing-masing ya.




InsyaAllah di tahun yang baru ini kita akan lebih menjadi insan yang BAIK. Buang segala sifat-sifat yang tak baik dalam diri kita dan semailah sifat-sifat yang baik sahaja dan sentiasa berfikir secara POSITIF.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
credit to Abbasy_islamicdesign

Dan semoga kita terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini. InsyaAllah. Aamiin.

Ok setakat itu dulu first entry Syeeda di tahun baharu ni. Tunggu untuk entry yang kedua pulak taw. Selamat malam semua.

#senyumselalu #alhamdulillah #insyaAllah

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah