PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Wednesday, April 13, 2016

Kejadian Di Atas Ekslator

ASSALAMUALAIKUM

Ni cerita hari Ahad lepas. Pi beli barang dapur di AeonBig. Kebetulan nak pi Hasani Bookstore beli buku jadinya terus shopping di AeonBig.

Dah siap bayar, macam biasa nak turun ekslator dengan menolak troli yang penuh dengan barang dapur. Dan dalam masa yang sama kedengaranlah pesanan dari corong speaker dalam supermarket supaya berhati-hati menggunakan ekslator. Macam biasa naik ekslator yang dah lama tak naik ni. Nampak sangat la noo lama tak jejak kaki kat supermarket. Huhu


Ehsan Pak Cik Google


Tolak saja troli turun ekslator, maka berterabur habis barang jatuh. Besi penghadang arah yang kita tolak tu terbuka luas. Aduhai. Bergolek elok ja botol sos tu turun ekslator.Haha Nasiblah ada orang baik hati tolong sambut botol sos tu. Kalau tak tak tau la apa nasib dia kan.

Tak tau la pasai apa jadi macam tu. Maybe barang banyak kot. Pressure kot no. Nasiblah masa tu dah tak ramai orang. Ternganga besi tu tak boleh buat apa dah. Terus tukar troli baru.

Tula dalam dok takut nak naik ekslator, jadi macam ni pulak. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...