PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, June 11, 2015

Mimpi Jadi Kenyataan

ASSALAMUALAIKUM

Hujan lebatnya kat luaq, kalau dapat bantal nyenyak dah tidoq nie. Dengan sejuknya.. godaan sungguh..Hee Ok, bagi yang belum join giveaway Mini Giveaway Resepiku jemputlah join ye. Ada 3 buah buku resepi untuk dimenangi oleh 3 orang peserta bertuah. 

Petang semalam ada kena buat kerja kat luar dan selepas selesai kerja terus pi Kompleks Dato' Kailan, Kepala Batas atau orang area sini panggil Kailan ja. Niat ke sana nak cari barang adik yang tak beli lagi, Ahad nie dah nak bergelar mahasiswa politeknik kat Kulim, Kedah.. cepatnya masa berlalu, adik dah besaq kak dia lagi la..haha

Siap beli barang, terjah pulak ke kedai buku, Syarikat Adam. Masuk kali ni dah 2 3 kali mai tengok novel Tundukkan Playboy Itu dengan Tuan Anas Mikail yang dah lama keluar tapi belum ada di pasaran. Sampai terbawa dalam tidoq kot beli novel ni..adoi Sampai lagu tu laa penangan dia..hii



Alhamdulillah dapat grab dua novel tu.. Pasni tak mimpi dah. 


1 comment:

Dunia Zumal said...

Tudia, sampai mimpi yer Syeeda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...