ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, December 4, 2014

Karya Seni : Novel Terbaru Disember 2014

ASSALAMUALAIKUM

Lama tak update novel terbaru kan.. Kali ni nak update novel keluaran Karya Seni pulak. 

Tajuk: Suami Edisi Terhad
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-87-1
Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak)


Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI.

“Sayang…”
“Emmm…”
“Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.”
“Kenapa?”
“Takut ikan tu berenang dalam perut.”

Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang sangat bahagia kerana memiliki seorang suami yang sangat istimewa. Kena buli selalu!
Namun rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda gelora? Pasti tak terlepas dari semua itu. Dugaan datang dari kanan dan kiri.

“Eh, mama tahu. Kamu yang hasut Hazrul, bukan? Kamu yang hasut Hazrul tinggalkan Menara Holding. Kamu takut Puteri Zahra akan rampas Hazrul, jadi kamu paksa Hazrul buat keputusan begitu. Mama baru tahu rancangan kamu. Tak sangka busuk betul hati kamu, Azian. Pentingkan diri sendiri. Sebab takut Hazrul tak pedulikan kamu, sanggup kamu buat rancangan jahat macam tu.”

Seorang ibu mentua yang sudah diracuni fikirannya bertindak mahu meruntuhkan mahligai anak sendiri. Yang tidak-tidak saja dilakukan demi mengikut arahan si batu api bernama PUTERI ZAHRA.

Berjayakah rancangan kedua-duanya? Atau HAZRUL EFFENDI akan kekal menjadi SUAMI EDISI TERHAD dalam menghadapi kemelut yang melanda?


Tajuk: Memilihmu Kerana Dia
Penulis: Myra Ameer
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-86-4
Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak)


“Tolong jaga bonda dan Heritage.” - Ku Azran

Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage. Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan hidup Nur Sarah lintang-pukang.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

“Dengar sini Sarah, walaupun kau isteri aku tapi aku tak pernah terfikir nak sentuh kau sebab aku jijik! Jijik nak sentuh bekas adik kandung aku sendiri!” – Ku Ammar

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar dan bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya, Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

“Buat apa nak membazirkan air mata, Sarah? Kalau aku jadi kau, dah lama aku keluar dari rumah ni. Kau tak malu ke? Orang dah tak suka buat apa kau nak terhegeh-hegeh, kan? Atau kau suka dijadikan alat?” - Lisanani

“Enough, Lis. Aku tak perlukan nasihat kau. Selagi Ammar tak ceraikan aku, selagi tu aku tak akan keluar dari rumah ni. Selagi Ammar tak pecat aku dari Heritage, selagi itulah aku akan bekerja di situ!” – Nur Sarah

“Damn you, Sarah! Kau ingat aku akan diamkan, Sarah? Kau mimpilah dulu. Kita tengok siapa yang akan dihalau nanti!” – Lisanani

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani beria-ia hendak menghalau Nur Sarah? Siapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar? Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya? Semuanya dalam Memilihmu Kerana DIA...

Best kan! Dah best kena la pi beli ok..
Selamat membaca..

2 comments:

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah