ASSALAMUALAIKUM
Sebenarnya saya dah lama try buat oreo crepe ni. Dalam tahun lepas jugaklah. Tetapi baru sekarang dapat ceritakan pengalaman saya buat orep crepe ni. Kiranya percubaan pertama la jugak. Nak buat durian crepe mana nak cari durian lagi. Dah alanag-alang terjumpa oreo, belasah jela. Bila tengok resepi yang dah siap di google, rupanya crepe ni lebih kurang sama macam kuih melayu kita, kuih ketayap yang warna hijau inti nyioq tu. Cuma adalah sedikit bezanya..
Ni hasil oreo crepe yang saya hasilkan. Tengok kulit dia nipis sangat jadi tiris.. Mungkin saiz kulitnya kecik sikit dan nipis. Biasalah first try kan..hii
Walaupun tak cantik oreo crepe ni, tapi Alhamdulillah habis jugak akhirnya. Ok kat bawah ni resepi yang saya rujuk dari blog Damai Qalbu resepi kak Rohaisha:
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung Hong Kong
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak
50ml santan kotak
400ml air
Sedikit pewarna oren
Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas, kacau menggunakan hand
whisk hingga sebati.
2.Tapiskan.
3.Panaskan pan non-stick dan sapukan sedikit mentega setiap
kali mahu menebar adunan dalam kuali.
4.Biarkan masak dan tidak perlu diterbalikkan.Angkat crepe.
5.Bentangkan crepe, picitkan whipping cream, letakkan sebiji
biskut oreo, tutup lagi dengan whipping cream dan lipat.
6.Hidangkan.
Bahan Untuk Inti:
1 1/2 hingga 2 cawan non-dairy whipping cream
Biskut oreo secukupnya
Cara:
Pukul hingga kental.
Untuk Kastad:
1/2 cawan susu cair
50ml air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 biji kuning telur
Secubit garam
1 sudu kecil planta
Cara:
1.Satukan bahan dalam satu bekas.Kacau sebati.
2.Panas/masak menggunakan kaedah double boiler.
3.Kacau sehingga likat dan matikan api.
4.Sejukkan.
5.Satukan bersama whipping cream.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment