PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, December 19, 2013

Casing Ninetology i9430 insight

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah ada rezeki lebih, makanya beli handset baru. Guna rebat RM200 haritu. Mulanya dah set nak beli handset alcatel yang 50 hinggit tu ja. Tapi bila pi survey banyak kedai tak ada stok lah pulak. Makanya terbelilah ninetology i9430 insight ni walaupun kena tambah wang tunai banyak la jugak.


Cenggini lah rupanya handset baruku. wah wah. Syeeda ambik warna hitam sebab tak berapa nak teliti jaga untuk warna putih. hii Kalau dulu masa belajaq dekat uum, handset sony ericsson dah pun tercelup dalam sos.. sampai semut pun bersarang. Cuai sangat kan.. Akhirnya dia pun dah ko.. 

Nak review sikit pasal handset ninetology i9400 insight ni bolehlah rujuk dekat SINI

So, buat masa ni ok je handset ni. Cuma nak cari casing dia susah sikit kan. Kat pasaraya jarang sangat la ada kan. Jadi kat mana ye nak dapatkan casing ninetology i9430 insight ni. Dah nak dekat sebulan dia tak berbaju lepas baju lama dia dah rosak..huhu

p/s : katner ada jual casing nya? 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...