Assalamualaikum
sudah lama tidak update blog
Drama Sedetik Cinta sudahpun melabuhkan tirainya semalam. Ending yang menarik.
Semua mendapat kebahagian, dan yang jahat menerima balasan.
Jadi malam ni, bermulalah episod perjalanan drama terbaru di slot akasia
iaitu drama Teduhan Kasih.
Cerita yang diambil dari sebuah novel terbitan Karya Seni ini memang terbaik.
SINOPSIS DARI NOVEL ASAL:
(credit to Karya Seni)
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah
keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku
akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat
Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini.
Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di
dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh
kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di
antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun
yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup
begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti
hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah
keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki
lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku
cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki
yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah
bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami
menumpang teduh.
Drama ini lakonan Shah Iskandar, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Adi Putra
menemui anda di TV3, jam 7.00 petang.
p/s : Tengok tengok juga, solat magrib jangan lupa tau. (^_*)
Wasalam
skrg mmg byk cter dari novel kn..tp cter dari novel ni best..nway, baru follow cni...:)
ReplyDeletetq follow. memang best, idea2 penulis kita. terbaik.
ReplyDelete