PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Saturday, January 12, 2013

Asal Usul Nama Kereta Nasional pertama: SAGA


Assalamualaikum. Selamat pagi, dah breakfast ke?
Pagi ni mood nak update blog dah datang, so apalagi jangan lengah jom baca..

HARI INI DALAM SEJARAH: 12/01/1984


Hari ni , pada tarikh yang sama cuma berlainan tahun peraduan 
"Menamakan Kereta Nasional Kita Pertama"
telah diumumkan oleh
Pengarah Eksekutif Pertubuhan Perindustrian Berat Malaysia (HICOM), Encik Mohd. Saufi Hj. Abdullah
Hadiahnya berupa sebuah kereta 1300 c.c

Dan pada 1September 1985, Staf Sarjan Ismail Bin Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Division, Pulau Pinang telah memenangi peraduan ini mengalahkan peserta-peserta yang lain.
Ismail Jaafar menamakan kereta nasional pertama dengan nama
"SAGA"
(saga ni bukan biji saja tu yer, tetapi beliau menyamakan 'saga' beliau sama dengan kekerasan biji saga.)
SAGA berasal daripada singkatan perkataan:

S: Safety/Keselamatan
A: Achievement/Pencapaian
G: Greatness/Kebesaran
A: Ability/Kemampuan

Perkataan 'Saga' yg dipilih beliau telah menarik perhatian para juri serta penerangan yang diberikan beliau meyakinkan juri untuk memilih beliau sebagai pemenang menamakan kereta nasional pertama ni.

Dan pada 1 September 1985, Perdana Menteri melancarkan pemasaran Proton Saga yang pertama.

Itulah al-kisahnya.
Jangan tak tahu sejarah negara kita.
Kita sebagai rakyat Malaysia kena ambil tahu semua sejarah berkaitan negara kita.

Ehsan: Arkib

wasalam

2 comments:

UniMeOw said...

ooo baru ceq taw...

Nur Syahida said...

syeeda pun tgk kat tv td, hari ini dalam sejarah..hii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...