ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, December 6, 2011

Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia


Assalamualaikum
selamat pagi semua..
semalam terlepas tengok slot akasia Tentang Dhia..huhu

Khabarnya pas ni Tentang Dhia akan diganti dengan Gemersik Kalbu..
wah mesti best ni..
Novel karya Anis Ayuni ni memang best

sinopsis dari novel:
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


PELAKON?
sabo2..jom kita kenalkan

credit to:

Drama ni bakal menemui penonton bermula 26 Disember ni 
pukul 7-8 malam 
di TV3

jangan lupa tonton taw.
Mesti best punya.



1 comment:

  1. salam kak syeeda. nie aju, nak tanya hadiah sampai x lg? aju dah lama dah poskn hadiah tue, kalau x sampai lag dalam masa seminggu dua nie, akak email aju ye, nanti aju gantikan hadiah baru .. email aju kat narra_skyler@yahoo.com n bgla nama n alamat rumah akak skali... thanks akak.

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah