ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, August 26, 2011

Layann Uda & Dara

selamat tgh malam..dah tidor kew?
Kat Penag sini hujan satu hari..terasa kedinginan tahap terlampau..
sambil melayan kedinginan pagi Jumaat nie, syeeda baca novel Uda & Dara..
Dah nak dekat seminggu baca, tapi baqu masuk tengah2 citer..apsal malas nie??!!

Citer dia best...penulis terkenal Aisya Sofea punya novel nie..org lama..

amacam cantik x cover dia??? tengok cover pown syeeda dah terpikat..hii tapi yg penting isi dia mesti lg meletop kan

SINOPSIS:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Kalau belom baca, cepat!!

3 comments:

  1. a'a novel ni bes.. saya bca shari je abis..hehe :)

    ReplyDelete
  2. hihi ntah napa skunk malas nak habiskan novel..

    ReplyDelete
  3. saya pun beli novel nie.tapi cam berat je nak abiskan..tak mcm selalu.hehehe

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah