ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, August 25, 2011

Kekasihku Puyu

Salam 25 Ramadan...
Korang layanz x cite Laila Manja?? Arie ni cite tu bakal melabuhkan tirainya..
ari nie last episod..

So ada drama baru menggantikan Laila Manja..

KEKASIHKU PUYU.. haa amacam ok xtajuk dia..
SINOPSIS:

Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu kedalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.

Sesudah 23 tahu berlalu, Fahmi yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu. Pada keesokan harinya, selepas memasukkan ikan itu kedalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik hanya boleh dilihat Fahmi seorang sahaja.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek berkahwin dengan Suriati yang mengamalkan ilmu untuk mengekalkan kecantikkannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuah Malek.

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahannya nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya?
Kekasihku Puyu menampilkan lakonan hebat Intan Ladyana, Mohd Fazren Mohd Rafi, Zarina Zainudin, Mak Jah, Hafizuddin dan Rizal Ayub.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah