ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Saturday, August 20, 2011

Belajar Daripada PENSIL!!



Apa keistimewaan pensil sampaikan kita kena belajar daripada dia??

Jawapan dia, 
PENSIL ADA KUALITI HIDUP YG JIKA KITA AMALKAN PASTI HIDUP JADI LEBIH TENANG

1. PENSIL MENGINGATKAN KAMU UNTUK BERSYUKUR:
pensil tak gerak sendiri, tapi kena ada org yg tolong gerakkan dia iaitu manusia.. pgrkn manusia dibantu oleh kudrat yg dikurniakan Tuhan.. Tanpa kudrat kita xboleh buat apa2.. sebab tu kita harus bersyukur. Pensil mengajar kita tak mampu hidup sendiri tanpa ada bantuan..

2. PENSIL BAGI PELUANG MEMPERBAIKI KESILAPAN:
Bila menulis, kita kena berhenti menulis bila pensil kita tumpul dan kena asah dia bagi tajam.. masa diasah pensil akan rasa sakit..sama dgn keidupan kita..tak semudah yg kita harapkan.. kdgkala kita terpksa brhenti dan menghadapi pelbagai dugaan, penderitaan. tapi jgn kita cepat mengalah..berusaha baiki kelemahan tu, pasti akn dtg kejayaan..

Selain tu semasa menuis pasti ada kesilapan, maka digunakan PEMADAM... Ia mengajar kita bhwa buat kesilapan bukanlah perkara yg memalukan dan harus dikesali. Belajar lah dari kesilapan tu..Ia byk membantu kita

3. TULISAN YG CANTIK DIPENGARUHI OLEH APA YG ADA DI DALAM PENSIL, BUKAN BAHAGIAN LUARNYA:
utk pastikan tulisan cantik dan jelas, yg paling penting adalah kualiti karbon yg terkandung dlm pensil tersebut, dan bukan bergantung pada fizikal pensil tu.. sama dgn manusia, kecantikan seseorg itu adalah dari hatinya, bukan dari fizikalnya..

4. PENSIL SELALU MENINGGALKAN TANDA:
Tulisan yg salah dan dipadam akn meninggalkan kesan/tanda.. dalam kehidupan, kita harus sedar apapun yg dibuat di dunia ni akn tinggalkan kesan.. Jadi, sebelum buat sesuatu tu, fikir dahulu semasak-masaknya..kerna ia akan mendatangkan kesan di kemudian hari..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah