PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, May 17, 2011

RINDU CIKGU!!!

 FORM 6 kat SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI kat KB sana nuu Bukan Kota Bharu, KEPALA BATAS daa.. dekat2 ngan umah PAK LAH tu.. Aku rindu sebenaqnya kat FORM 6 ni..banyak sungguh kenangan + ngan cikgu2 yg sporting habis.. ish ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA.. cewah(tak sanggup la pulak)
time LOWER 6 ramai la, pastu sana sini dpt tawaran lain2 tempat, so diorang blah, tinggal spesies2 terancam ja..hii sedihnya kelas pon takde, terpaksa MEREMPAT kat makmal yg kerusi dia cukup wat bontot lenguh..adoi org dok panggil kami ‘KELAS TERAPUNG’ (terapung di daratan)..hii



*Teacher Saadiah-mulanya aku ingat ustazah, upenye teacer MUET aku.. lantang bersuara, suka bagi nsihat,peramah orgnya.. TIME KASEH TEACHER, walaupun MUET sy band 2 ja tp TEACHER TERBAIK!!

*Cikgu Hazimah-cikgu yg paling lembut..muka lembut.. jarang2 marah, ajaq BM sampai kami paham.. Tapi kalau cikgu marah, takut tau.. TIME KASEH CIKGU, saya dapat A bahasa melayu..hii

*Cikgu Umaq-cikgu paling ditakuti(pk hem).. suka denda student dengan hafal FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA..hii ajaq MAKROEKONOMI. Upenye cikgu baik sgt.. rugi sapa tak tau rupenya cikgu umaq ni baik orangnya(apa org cakap, dalam hati ada taman..hii) TIME KASEH CIKGU.. saya dapat B ja makro..hii

*Cikgu Ramli-cikgu MIKROEKONOMI pulak.. cikgu suka tanya soalan..huhu bebudak laki 4org tu terror la, malu kiteorg..hii cikgu jarang marah kan.. tak pernah mengeluh ajaq kami walaupun sibuk sebagai pk kokurikulum..TIME KASEH CIKGU.. saya dapat B ja mikro...hii

*Cikgu Rashid-cikgu cute.. cikgu GEOGRAFI(geo manusia + geo fizikal)..baik, jugak jarang marah..selalu bawak kami g makmal.... first pendrive aku beli sebab cikgu ni punya tugasan..hii TIME KASEH CIKGU saya dapat B ja geo..

*Cikgu Noraini-cikgu PENGAJIAN AM 2.. macam2 graf cikgu ajaq wat, pastu kena warna dgn kemas.. cikgu yg paling disegani kat skolah..kat bilik dia tak pernah kering student p menyembang + minta nacihat.. bagus cikgu Noraini..disebalik kelembutan ada ketegasan, buktinya aku kena wat pembetulan graf salah kat luaq kelas..pakat ramai2 hampaq karpet..tapi cikgu senyum ja.. hii Rindu lontong cikgu..TIME KASEH CIKGU, sy dapat A p.Am..

*Cikgu Faridah-cikgu library..ngajo PENGAJIAN AM 1.. time cikgu selalu g library..best tol..cikgu pon xpernah marah, senyuman sentiasa terukir.. setiap kali raya kiteorg ramai2 konvoi g umah cikgu..tapi lepas masuk U ni.. jarang dah g..huu

Itulah kisah cikgu2 yg syeda RINDUI.. tanpa cikgu semua tak mungkin sy di UUM skrg..kerana org slalu cakap form 6 SUSAH.. peluang masuk U kurang..memang xnafikan menitis airmata sy bila ada yg pandang rendah (malas la nak cite..hii) tapi dgn semangat yg cikgu2 suntik kat kami alhamdulillah kami BERJAYA..10 drpd 11 shbt sekelas sy berjaya ke MENARA GADING.


TERIMA KASIH CIKGU!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...