ASSALAMUALAIKUM
Lamanya tak baca novel karya penulis terkenal Sharifah Abu Salem. Zaman hostel dulu suka sangat baca novel Tak Seindah Mimpi dengan Tak Semanis Impian. Sampai lunyai novel. Muka surat depan novel tu siap ada list pembaca seterusnya lagi.. Berderet-deret. Hii Nasiblah sapa tuanpunya novel tu..haha
Kali ni ada novel baru lagi karya Sharifah Abu Salem..
CINTA ATAS KERTAS
Karya : Sharifah Abu Salem
Terbitan : Alaf 21
Tarikh Terbit : 22 Mei 2015
Halaman : 1008
Sinopsis :
Sekembali
dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan
dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai
kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan
sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya.
Adira hanya
pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta
itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin
hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas
isteri dan bapa mentuanya.
Perkahwinan
Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka
menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia
harus menuntut cerai!
Sampai hati
Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah
menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia
terpaksa akur pada takdir.
Sudahnya
masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar
- rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci!
“Qhalif kata
surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.”
“Alah...
cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”
Jom peminat-peminat novel, dapatkan Cinta Atas Kertas sekarang..