ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, February 27, 2012

Giveaway Suka-Suka KENA GAM!!!


Assalamualaikum
selamat malam
aduhai sudah lama Syeeda menyepikan diri kan??
sibuk la awal2 semester ni

Syeeda nak oyak sesuatu
GIVEAWAY SUKA-SUKA
dah digam rapat taw
maknanya tak ada lagi penyertaan yg diterima selepas ni

InsyaAllah dalam masa terdekat ni Syeeda akan update nama sahabat2 yang join GA ni k
TERIMA KASIH sebab sudi menyokong GA ni.
Juga yg dah LIKE gambar, pertolongan anda semua amat Syeeda hargai.

Hadiah untuk 3 orang pemenang
akan ditentukan kemudian

wasalam


Sunday, February 26, 2012

GIVEAWAY SUKA-SUKA


AWAS ENTRY MELEKAT

Assalamualaikum
Selamat malam semua

Malam nie syeeda nak lancarkan 
"Giveaway Suka Suka"
Ga ni syeeda buat untuk suka-suka.
hadiah mesti la ada

NIE BANNER RASMI GA ..

Syarat Penyertaan:

  • Follow syeeda atau tidak terpulang pada korang. Lagi senag kalau follow kan..hii
  • Benda Wajib nie ---> like page INI dan like dekat SINI 
  • Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Suka-Suka" dan tinggalkan link entry korang pada ruangan komen di bawah. Letakkan id fb sekali ye..
  • Letak banner kat atas tu dalam entry korang dan link back ke entry Ga syeeda ni yer
  • Kalau nak tag sahabat2 korang, amat dialu-alukan

senang kan...

hadiah akan diberitahu kelak.
InsyaAllah 3 orang pemenang akan dipillih. Jika ada rezeki lebih, syeeda akan tambah pemenang


UPDATE!!!
pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah
xpakai Kak Random pun..Hii

tarikh tutup:
26 Februari 2011
8.00pagi


terima kasih 
Selamat menyertai GA Suka-Suka

Thursday, February 16, 2012

Gayakan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah


Assalamualaikum
malam ni Syeeda nak kongsi sedikit pembacaan dengan korang
mesti korang ada masalah dlm menggayakan tudung yg sesuai kan?
Disebabkan bentuk muka yg ala-ala buah epal ni memang susah jugak nak cari
tudung yg sesuai..


WAJAH BUAH ANGGUR:
Bentuk muka yg bujur..
pemilik wajah ini tak perlu risau sebab apa jua gaya dan fesyen tudung dapat digayakan oleh mereka..
dan tak akan jejaskan imej yg bakal ditonjolkan.
mereka dikira amat beruntung dan bernasib baik

WAJAH BUJUR PISANG:
Bentuk wajah yg bujur dan panjang tapi tak sesuai dgn sesetengah fesyen tudung..
cth: fesyen tudung yg guna awning, namun ada antara pemilik wajah bentuk ini sesuai menggayakan dan ada juga yg tidak sesuai menggayakan kerana membuatkan wajah kelihatan kecil dan sempit.
seeloknya gayakan tudung awning yg kosong dan tak bercorak.
Namun seeloknya dielakkan kerana akan memberi ilusi kurus pada bentuk wajah..

WAJAH BUAH DELIMA:
Pemilik wajah bentuk ini bulat tapi kecil dan comel..
dikatakan berwajah 'cute'..
sesuai gayakan apa sahaja jenis fesyen tudung kerana tak ada masalah bentuk tulang pipi dan rahang...
tapi perlu kepada pemilihan tudung yang tak sarat dengan corak kerana akan meneggelamkan wajah anda yg comel tu..hiii

WAJAH BUAH STRAWBERI:
pemilik wajah bentuk buah strawberi pulak, 
dimana wajah yg besar di atas dan tirus di bahagian dagunya...
juga dipanggil berkepala lonjong

anda tak perlu risau, wajah bentuk ni sesuai dgn apa jua gaya tudung..


WAJAH BUAH EPAL:

Pemilik wajah bentuk buah epal biasanyamempunyai wajah yg bujur tapi lebar..
fesyen yg sesuai ialah tudung yg ada awning..
yg mana aka tutup tulang pipi dan bentuk wajah yg lebar..

pilih awning yg panjang pada bahagian pipi kerana 
boleh tutup sepenuhnya bahagian lebar di pipi.
Saiz bentuk awning juga penting taw..

Sumber: Dara.Com

Wah akhirnya....dah habis bercerita
walau apapun bentuk wajah kita, jika kita rasakan penggayaan tudung tersebut sesuai dan selesa dengan kita
pakai aja ya..
minta pendapat kawan2, kakak, adik, mak cik, nenek pun boleh.
yg penting niat untuk menutup aurat
ok, selamat malam
wassalam

p/s: Misi ??? Jom join


Ermmm.... Sedapnya!!


Assalamualaikum
malam ni boringnya. Menghitung hari untuk kembali ke kampus..huhu
Kejap ja masa berlalu, cuti semester berlalu bakal berlalu pergi.
Semoga semester akhir ni, syeeda lebih bersemangat. Doakan syeeda ya.

Aritu ada g makan-makan ngan family.
Kalau yg selalu singgah makan di Sungai Dua, Seberang Perai Utara tepi Highway Utara-Selatan mesti taw
ada satu restoren baru, menarik
dekorasi melayu
tambah pulak dengan landskap yg dipenuhi pepohon buluh cina..

syeeda pesan mee tomyam n teh laici
memang sedap lah


haa ni la mee tomyam.

yg belakang tu sebelah kanan tu lah teh laici syeeda

ok..selamat menjamu selera..hii

p/s: Menghitung hari ke uum sintok.. (^_*)



 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah