Bismillahirahmanirrahim
-CERita PENdek-
Air mata kusapu lembut.. Engkau yang aku cintai dalam diamku telah menjauh dari diriku.
Hendakku luahkan terasa tebal satu badan,siapalah aku jika nak digandingkan dengan gadis-gadis sekelilingmu yg cantik, seksi, comel, putih...tak seperti diriku yg sentiasa comot, selekeh dengan baju kurung yang hampir lusuh ini.. tetapi dengan baju kurung lusuh inilah yang menutup seluruh anggota tubuhku..
Alhamdulillah
Perkenalan singkat secara tak sengaja denganmu membuatkan ku tertarik, namun ketika perasaan cinta semakin memekar dalam taman hatiku, kau melangkah pergi tanpa sebarang sebab...
bermulalah kesuraman hidupku..
semakin dipendam perasaan ini, semakin sakit aku rasakan
Lantas aku memohon petunjuk Illahi..lama aku di tikar sejadah memohon petunjukNya
"Ya Allah..Seandainya dia jodohku, maka dekatkanlah dia di hatiku, suburkanlah rasa sayang aku padanya, berkatilah perasaan itu..namun sebaliknya jika dia bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia dari aku. Tutuplah pintu hatiku kepadanya...Amin"
Aku akui amat tenang hatiku setelah istiqarah aku lakukan.. Aku lebih ceria berbanding dahulu walaupun kau semakin hilang di pandangan mata..
Sekurang-kurangnya aku peroleh sedikit semangat utk aku terus berjuang di muka bumi Allah swt..
Alhamdulillah
Ku titipkan doa setiap hari..semoga diberi kekuatan kepda diri ini.
Kini kau hilang dari pandangan mataku...
lesap tanpa sebarang petunjuk.
ANDAI JODOH KITA satu hari nanti,
aku rela menunggumu..
aku sedia terima dirimu..
Wallahualam
p/s: nukilan asli syeedasaniey yg tak berapa nak touching..
jodoh pertemuan di tangan Allah. insyaAllah kalau dah jodoh.. teruskan hidup dengan penuh keimanan dan sabar! chaiyok2! =)
ReplyDeletebetul tu, walau seribu batu pun dimelangkah pergi, kalau dah jodoh dia pasti kembali...InsyaAllah
ReplyDeletebetul tu..
ReplyDelete