ASSALAMUALAIKUM
Lamanya tak baca novel.. bukan takdak masa tapi malas.. dulu zaman muda belia rajin la baca sebab masa tu kan baru masuk alam remaja..hihi Dan lama jugak tak membeli novel.. sekadar window shopping je aritu..
Dengarnya ada 2 novel sambungan akan terbit tak lama lagi. Dua-dua dah keluar drama kat tv..
BICARA HATI 2
Mesti ramai yang dah tak sabar nak baca kan kan..hii Novel karya Damya Hanna ni akan terbit kalau tak silap 25 Dis 2014.
Sinopsis :
“SETIA ke akhir hayat!”
Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh
cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus
mekar.
Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah
tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua
hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk
ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat.
Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah
ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya
mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata
menjadi suram.
Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa
yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian
daripada seorang isteri?
Dan novel kedua ialah ........
MISS YOU MR ARROGANT
(sambungan dari novel Love You Mr Arrogant)
Novel karya Aliesha Kirana ini akan berada di pasaran pada Januari 2015.
Sinopsis :
ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati
dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah
kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu.
Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya
berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.
MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu
ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang
hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta
seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat
yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati
mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.
“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu
kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM
“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak
su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia
sendiri?” - ZAARA
“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” –
IRHAM
Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi
menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke
dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi
mr. gentleman. Ya, dia nekad!
“Bunga tadi awak yang hantar?” - ZAARA
“Of course.” - IRHAM
“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” - ZAARA
“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak
panggil saya mister arrogant lagi.” – IRHAM
ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain
yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan
mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi
seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya?
Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan
dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan
lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant
Best kan. Nantikan kemunculan 2 buah novel ni kat pasaran ok.
tak sabar nak tunggu ^_^
ReplyDeletemacam menarik jer ni...kesinambungan kisah... thanks for sharing dear...
ReplyDeleteSalam ukhwah dari Bunda..
ReplyDeletewahhhhh xsabarnya nk baca..hehe
ReplyDelete