ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Jalan-Jalan @ Pantai Merdeka

Assalamualaikum

Alkisahnya kelmarin tanpa dirancang Syeeda, mak, ayah dan adik bersiap-siap untuk ke Pantai Merdeka. Perjalanan ke Pantai Merdeka dari Tasek Gelugor mengambil masa hampir 1 jam jugak dengan jarak 33.9 km. 

Kami bertolak dari rumah jam 12 tengahari dan sampai di Pulau Sayak kira-kira jam 1 petang. Mai pekena mee udang dekat kedai Usop Mee Udang Pulau Sayak dulu sebelum ke Pantai Merdeka. Lagipun masih awal rasanya nak pi berjemur di Pantai Merdeka. Hehe


Nasi goreng udang 

Mee udang biasa

Makan mee udang sambil menikmati keindahan alam ciptaanNYA

Dah siap isi perut, kami singgah solat zohor dulu dan kemudian ronda masuk ke kawasan chalet dan homestay di Kampung Teluk Nipah. Bagi sapa-sapa yang bercadang nak bermalam dekat area Puau Sayak & Pantai Merdeka ni bolehlah booking chalet atau homestay kat sini. Boleh la menikmati angin malam di tepi pantai.. Sangat romantik kan hiii

Kami teruskan perjalanan ke Pantai Merdeka. Masa kami sampai , orang tak berapa ramai lagi. Gerai-gerai pun baru buka. Kami pun beli la makanan ringan sikit dan duduk makan bersama-sama di tepi pantai. Ramai jugak yang mai berkelah bersama keluarga. 

Dan dalam pukul 4 petang macam tu, kami ke Tanjung Dawai pulak. Naik bot ok. Tambang bot RM3.00 seorang. Harga balik pun RM3.00 jugak.

Kat Tanjung Dawai ni tarikan dia sudah semestinya ikan bilis, ikan kering dan seangkatan dengannya lah. Geng ibu-ibu akan paling happy bila dapat shopping kat sini. Kami tak beli apa sangat pun. Ambik-angin petang saja kat jeti sebelum naik bot balik ke Pantai Merdeka. 

nelayan laut dalam baru pulang. 

Sampai balik di Pantai Merdeka, kami makan lagi. Hehehe Kali ni order ais kacang + laksa. Balik rumah jenuh timbang berat haha

Laksa

abc Pantai Merdeka

Maghrib baru sampai rumah. Alhamdulillah. 

Selamat malam semua.


Saturday, February 20, 2016

Dating @ Pantai Merdeka

ASSALAMUALAIKUM

Cuti Tahun Baru Cina haritu tak sempat nak melancong pun. Banyak memenuhi undangan kenduri kahwin saja. Nak tunggu kenduri sendiri entah bila la pulak (lari topik nampak..haha). Lagipun sah sah jalan jem kan.

Nak melancong ke negeri sendiri pun mesti jem jugak, hari tak cuti pun jem inikan pula cuti..hihi Nanti-nanti nak pi jugak, sebab dah lama tak naik Bukit Bendera.huhu Jadinya plan ke Pantai Merdeka. Ayah suggest last minit, driver kata ok kita ikut saja..hehe

Hari Isnin cuti raya tu, pergilah kami lima beranak ke Pantai Merdeka. Masa perjalanan lebih kurang satu jam dari rumah@Tasek Gelugor-Kepala Batas-Kota Kuala Muda-Pantai Merdeka. Kami bertolak pun dah lewat pukul 11.30 pagi macam tu. Sampai dalam pukul 12.30 tghri kami lunch mee udang Pak Usop dulu dekat Pulau Sayak. *(Sebelum sampai Pantai Merdeka, jumpa Pulau Sayak dulu, ada simpang ke Pulau Sayak) Syeeda pernah cerita dulu pasal UDANG GERGASI kat Pulau Sayak.



Lepas makan solat zohor dulu dan terus ke Pantai Merdeka. Ingatkan tak ramai orang..haha ramai jugak biasalah cuti kan. Masa inilah nak luangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan.

Ramai yang berkelah dengan keluarga, bakar ikan, ayam, semua ada.. bestnya!! Kita yang mai dengan tak sengaja ni pakai beli saja makanan kat situ. Nanti plan lain, kita mai bakar ayam pulak.=)

Ramai juga yang naik bot pi Tanjung Dawai. Kalau ikut darat pun boleh tapi kena ikut jalan lain la..ikut Merbok kalau tak silap. Lepak pekena angin pantai tak sedar dah asar, pekena abc gunung jerai dulu sebelum balik.




Dalam perjalanan balik, tudia punyai panjang gerabak kereta nak masuk Pantai Merdeka sampai jalan nak ke Sungai Petani nu..Nasibla tak mai petang sangat. Hihi. Dan kami meneruskan perjalanan ke Jakel Sungai Petani. Kita shopping pulak kan ada promosi kat Jakel. Dah siap pilih kain, bayar dan terus balik.. Nak dekat isyak dalam pukul 8 lebih camtu baru sampai rumah..

Selesailah jalan jalan makan angin 1 hari. Tak kisah dekat atau jauh janji dapat laungkan masa bersama keluarga tersayang, DATING @ PANTAI MERDEKA.



 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah