ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, February 15, 2022

MINI GIVEAWAY SS 2022

Assalamualaikum dan Hai semua follower blog Syeeda dan sahabat blogger semua. Sempena tahun baharu 2022 dan comeback Syeeda dalam dunia blog ini, Syeeda nak kongsi rezeki hadiah dengan follower dan sahabat blogger sekalian. Syeeda nak bagi hadiah jualan kecil-kecilan Syida. Jemput join.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

πŸ’š FOLLOW blog SYEEDA SANIEY 
πŸ’š Beralamat di MALAYSIA
πŸ’š buat satu entry dengan tajuk "MINI GIVEAWAY SS 2022"
πŸ’šJangan lupa tampal sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
πŸ’š Dan lepas dah siap buat entry, sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.

TARIKH TUTUP :
11 MA2 2022, jam 11.59 malam

SENARAI HADIAH :
πŸ‘‰ 1x produk Shaklee
πŸ‘‰ 2x Suprise Box 
πŸ‘‰ 2x tudung bawal

Jemput join semua. Terima Kasih

Friday, October 29, 2021

Setahun Yang Hampir ke Penghujungnya

 Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat

Lama rasanya syida tinggalkan blog ni. Dah berapa kali nak mula menulis asyik tak jadi. Kekeringan idea sudah rasanya dan Alhamdulillah masih diizinkan olehNYA untuk menulis di blog ni.

Sudah setahun lebih kita hidup dalam pandemik covid 19 ni. Banyak benda yang berubah. Yang paling terkesan apabila kehilangan insan tersayang kerana covid 19. Semoga covid 19 cepat-cepat terhapus dari muka bumi ini. Aamiin

Alhamdulillah kerajaan sudah pun membenarkan aktiviti merentas negeri dan ramai yang mengambil peluang untuk pulang menziarahi keluarga di kampung dan ada juga yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti setelah berbulan-bulan 'terkurung'. Apapun jagalah diri masing-masing kerana kita tidak nampak covid 19 ni dengan mata kasar.

Rasa teringin juga nak pergi bercuti tapi mesti semua tempat penuh kan. Last-last bercuti dalam Penang jela kan hee Lagipun hujung-hujung tahun ni memang penuh la tempat-tempat peranginan. Tapi oklah dapat bantu sektor pelancongan berkembang semula.

Setahun pun rasa kejap saja berlalu. Semoga semua baik-baik saja ok. Jaga diri patuhi SOP dimana saja kita berada.

Ok setakat itu dulu coretan untuk kali ini. InsyaALLAH nanti kita update lagi na.

πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah