ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, October 29, 2021

Setahun Yang Hampir ke Penghujungnya

 Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat

Lama rasanya syida tinggalkan blog ni. Dah berapa kali nak mula menulis asyik tak jadi. Kekeringan idea sudah rasanya dan Alhamdulillah masih diizinkan olehNYA untuk menulis di blog ni.

Sudah setahun lebih kita hidup dalam pandemik covid 19 ni. Banyak benda yang berubah. Yang paling terkesan apabila kehilangan insan tersayang kerana covid 19. Semoga covid 19 cepat-cepat terhapus dari muka bumi ini. Aamiin

Alhamdulillah kerajaan sudah pun membenarkan aktiviti merentas negeri dan ramai yang mengambil peluang untuk pulang menziarahi keluarga di kampung dan ada juga yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti setelah berbulan-bulan 'terkurung'. Apapun jagalah diri masing-masing kerana kita tidak nampak covid 19 ni dengan mata kasar.

Rasa teringin juga nak pergi bercuti tapi mesti semua tempat penuh kan. Last-last bercuti dalam Penang jela kan hee Lagipun hujung-hujung tahun ni memang penuh la tempat-tempat peranginan. Tapi oklah dapat bantu sektor pelancongan berkembang semula.

Setahun pun rasa kejap saja berlalu. Semoga semua baik-baik saja ok. Jaga diri patuhi SOP dimana saja kita berada.

Ok setakat itu dulu coretan untuk kali ini. InsyaALLAH nanti kita update lagi na.

💜💜💜💜

Thursday, March 18, 2021

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

 Assalamualaikum wbt

Lamanya tak join giveaway. So untuk permulaan tahun 2021 nie, syeeda join 

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6


KLIK BANNER untuk join

Tarikh penyertaan ni ako bagi SOPLOH hari je!
iaitu dari 11 Mac hingga 20 Mac 2021.

Jom ramai-ramai pakat join



 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah