ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, January 15, 2020

2020

Assalamualaikum
Salam pertemuan dari Syeeda yang telah sekian lama menyepi.

Alhamdulillah dah masuk tahun 2020. Umur pun naik satu angka lagi. Officially 31 years old. Tahun 2019 yang sudah ditinggalkan dengan berjuta kenangan, ada yang manis dan pahit. Begitulah lumrah alam. Warna warni kehidupan ....


Alhamdulillah penutup tahun 2019, Syeeda dah bertukar status. Setelah sekian lama menanti Encik Jodoh yang tak kunjung tiba, akhirnya tarikh 13-12-19 Syeeda dah selamat mendirikan rumahtangga dengan Mr. A. Selamat tinggal zaman bujang. Tepat-tepat umur 30 tu kahwin hee. Sepanjang tahun 2019 asyik fikir persiapan nak kahwin sampai lupa terus dengan blog.

Dan untuk tahun ni doa yang baik-baik sahaja. InsyaALLAH Syeeda nak aktif blogging balik. Banyak benda sebenarnya nak kongsi. Boleh jugak tambah income sikit-skit kan.

Ok lah setakat tu dulu, insyaALLAH next entry menanti.

p/s : Lunch Time

Thursday, June 27, 2019

Maju ke Hadapan


Assalamualaikum

Lama sunggut Syeeda tak blogging. Last pun bulan Januari lepas. Konon-konon azam tahun baru nak stay blogging tapi hampeh, bila dah mai penyakit malas tu semua benda tak jadi kami. So, hati kena kental, barulah semua yang dirancang tu terlaksana.

Di kesempatan ini, tak terlewat rasanya Syeeda nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Mohon maaf andai ada tersilap bicara. Maaf na tahun ni tak sempat nak buat giveaway kad raya. Lagipun stok kad raya kat pasaran dah makin kurang. Tapi insyaAllah ada rezeki kita usahakan buat giveaway lain pulak ok.

pinjam kat Cik Google

Alhamdulillah dah 8 tahun lebih dalam dunia blog ni, sayang la kalau tak teruskan. Umur pun dah masuk tiga siri ni haha. Rindunya zaman masa belajar, zaman kanak-kanak dulu..tak kena fikir banyak benda kan. Tapi setiap manusia tu akan makin meningkat umur, dan maju ke hadapan. Akan ada perubahan dalam hidup. Takkan kita nak selamanya hidup sebagai kanak-kanak kan hii Tak apa setiap daripada kita akan melalui fasa-fasa kehidupan tu.

Ok lah, insyaAllah ada kelapangan kita update lagi. 

Selamat Malam



 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah